BAB 65

6.8K 437 27
                                    

Mereka semua mula meninggalkan gudang. Segala barang dan semua anak-anak buah mereka sudah pun pulang.

Ayyan sudah pun menyumbat Goshua dalam kereta Ford yang dikhaskan untuk musuh Mation. Nuna dan Danish yang menjaga Goshua dibelakang.

Ayyan pula ditugaskan untuk menjadi pemandu. Dan Kitten sebagai penumpang. Azka dan Zahra akan mengikuti Leo naik kereta Range Rover milik Azka.

Luna, Soraya dan Mimo sudah bergerak lebih awal memandangkan Robert ada kerja di luar negara.

Awalnya semua berjalan lancar. Namun, Ayyan perasan kereta yang menghala jalan kehadapan semakin lama semakin menghimpit mereka.

Kitten sudah bersiap sedia dengan pistol kesayangannya.

Memang betul jangkaan mereka! Kereta itu cuba untuk gagalkan misi mereka.

Leo yang memandu secara tenang terkejut dengan tindakan kereta dihadapannya.

" Azka! Tengok tu! "

Azka mendongakkan wajah lalu matanya terpandangkan kereta Hilux hitam sedang menghimpit kereta Ayyan.

" Weh! Apa cite ni?! Diorang nak apa?! " Suara Ayyan bergema didalam ruangan kereta itu.

" Kau teruskan je jalan..biar aku settlekan. " Langsung Azka menurunkan cermin tingkap dan mengacukan pistol.

Dengan sekali tembakan sahaja kereta Hilux itu hilang kawalan. Tepat mengenai tayar kereta.

Zahra sudah kecut perut melihat adegan itu. Entah dari mana, mereka bertiga terasa kereta dilanggar dari tepi.

" Argh!! " Zahra menggenggam tali pinggang sekuat hati.

Leo tetap memegang stereng! Azka masih tenang memandang kearah kereta disebelah mereka.

Shah tersenyum sinis memandang Azka. Tujuannya datang menggangu mereka semua, mengenangkan yang mereka tidak lama lagi akan berbaik.

Zahra terkedu saat dia menoleh kekiri. Shah sempat mengenyit mata lalu menghentam sisi kiri kereta mereka.

" Argh!! "

Entah dimana silapnya, kereta Leo telah bercium dengan belakang kereta Ayyan.

Mereka sama-sama dalam keadaan hilang kawalan. Mujur sempat masing-masing break mengejut!

Kumpulan Shah sudah pun berlalu meninggalkan mereka dibelakang. Seronok tengok diorang!

Zahra tergamam. Tak sangka! Tak sangka yang dia masih bernyawa!

" Zahra?! Kau okay tak?! " Azka disebelahnya menggoncang bahunya.

Muka Zahra pucat! Leo meneguk air liur!

" Sa..saya okay! " Zahra menarik nafas.

****
Sampai sahaja di Mation, Zahra mendekati Azka. Walaupun apa yang telah berlaku dijalan tadi, mereka semua tetap dengan tugasan mereka.

" Tuan..saya kena balik, balik kampung. Sebab esok adik saya bertunang. " Azka mengalihkan pandangan ke Zahra.

" Okay. Aku bagi kau cuti 2 hari. Lepas tu buat kerja macam biasa. "

Baru sahaja Zahra ingin membuka mulut, Azka meninggalkan dia begitu sahaja. Aik?!

" Weh! Dungu! Kau balik naik apa? " Ayyan tersengih disebelah Zahra.

" Err..teksi kot! "

" Teksi? Zaman bila teksi? Orang sekarang ni naik grab! "

Zahra mampu tersengih.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu