EPILOG

12.4K 589 119
                                    

Dua bulan kemudian

Zahra mengemaskan lagi ikatan tudungnya. Dia membetulkan tangga dihadapannya. Setapak dua tapak dia melangkah naik keatas tangga.

" Baby!!! "  Nyaring suara garau itu menjerit. Akibat terlalu terkejut, Zahra tidak dapat mengimbangi tubuhnya.

" Argh!!! " Zahra terjatuh namun dapat juga Azka menyambutnya.

" Ya Allah! Aku dah mati ke? " Zahra menutup matanya. Dia tidak merasakan sakit ataupun apa-apa.

Aik? Kenapa tak jatuh lagi? Tinggi sangat ke aku panjat tadi?

" Wei! Bukak mata! " Azka menyuruh Zahra membuka mata.

" Hah? Aik? Macam mana ayang boleh sambut baby ni? "

" Macam mana ayang boleh sambut baby ni.. Eh kau ni! Aku luku kepala baru tahu, kenapa memanjat? Kan aku suruh panggil aku kalau kau nak suruh panjat-panjat ni. " Azka merampas kain lace itu dari tangan Zahra.

" Ala..tadi tengok ayang banyak keje. Tu yang buat sendiri tu.. " Gumam Zahra.

" Dah, tak yah muncung sangat! Jangan mengundang bibir aku ke bibir kau baby, karang tak rehat kau kang aku kerjakan. "

" Ish! Kesitu pulak dia."

Zahra memandang segenap ruangan bilik jahitannya. Wah!! Cantik!!

Ketukan dipintu mematikan senyuman dibibir Zahra.

" Tuan Muda dan Puan Muda..bahagian luar sudah kami siapkan." Shah menjengukkan kepala.

" Okay hamba abdi.." Baru sahaja Zahra ingin berlalu pergi, Azka menariknya.

" Nak pergi mana pretty wife? " Tarik Azka supaya Zahra lebih dekat.

" Ish! Nak pergi kat luarlah.. "

" Upah? Aku dah tolong kau gantung kain ni, upah aku mana? " Mata coklat itu menikam wajah Zahra.

" Upah? Nanti saya bank in lah duit dalam akaun awak. " Zahra cuba melepaskan diri daripada pelukan Azka.

" Aku tak nak duit! Duit kau bagi kat aku tu, duit aku juga. Macam biasalah upah aku. " Azka menyeringai. Mata nakalnya jatuh pada bahagian dada Zahra.

" Makin membulatlah breast kau. Mesti sedap! " Muka miang Azka dipandang. Pipi suaminya itu dicubit-cubit.

" Ish!! Kan ramai orang kat luar. Ayang jangan ngada-ngada eh! "

" Okay! Kalau macam tu kiss aku. " Azka menyuakan pipinya dimuka Zahra.

" Ish!! Awak ni kan! Gatal betullah! " Zahra mendengus kasar.

" Hamboi! Sejak jadi isteri Tuan Muda ni garangnya dia. "

" Dah awak tu mengada-ngada! Tumbuk karang!"

" Dah berani eh nak tumbuk aku? "

" Memang! Dah lama saya nak tumbuk awak! Dari first kita kenal lagi, saya kalau dapat muka awak, saya tumbuk! Saya tarik rambut awak! Biar botak! Dahlah dulu marah-marah orang sesukahati! Panggil orang siput babi semua! Saya geram tau! Macam nak cilikan mulut awak je tau! Dengan sampai sekarang awak nak buli saya, saya marah tau! Dahlah dulu selalu paksa-paksa saya, awak nak makan itu ini, saya yang kena masak! Dengan 24 hours hadap muka strok awak lagi..  "

Perlahan-lahan tangan Azka melepaskan pinggang Zahra. Dia terkedu melihat muka isterinya yang merah padam.

" Kalau saya muntah, kononnya geli, sekarang saya berak pun awak nak ikut! Lepas tu nak makan coklat banyak-banyak pun awak marah.. "

" Kau dah berapa lama tak datang period? " Azka kembali dingin. Dengan cara itu sahaja akan buatkan Zahra tidak melawan.

" Dua bulan. Kenapa? " Azka tersenyum.

" Leo! " Jerit Azka.

" Apa?! "

" Belikan aku 30 pregnancy test! Sekarang! " Arah Azka.

" Apa?! Aku?! " Jari Leo menuding kearah diri sendiri.

" Habis tu siapa?! " Dengan mulut yang terkumat kamit, Leo melangkah keluar dari situ. Malu siot!

Zahra terdiam. Pregnancy test? Dia meraba perutnya. Kenapa dia tak terfikir?

****
Semua menunggu Zahra keluar dari bilik air. Disebabkan hari ini, mereka semua ditugaskan untuk membersihkan kawasan kedai baru Zahra.

Ahli-ahli Mation berkumpul sama-sama membantu.

" Weh! Kau boleh duduk tak? Pening doh kepala tengok kau. " Rungut Ayyan sambil menghembuskan asap vape.

" Mestilah dia tak sabar-sabar nak tahu.." Sampuk Danish.

Pintu bilik air terkuak. Zahra merenung Azka. Wajahnya jelas kesedihan. Semua disitu faham raut wajah sedih itu. Azka melemparkan senyum. Memberi kekuatan pada isterinya.

" Tak apa baby..next time kita cuba lagi. " Azka cuba memujuk isterinya.

" Jangan sedih dung! Nanti aku ajar Azka macam mana nak dapatkan anak. " Usik Ayyan. Semua disitu menjulingkan mata keatas.

Kitten, Mimo dan Nuna memberikan semangat pada Zahra. Suami-suami mereka juga turut nenyalurkan kekuatan pada Azka.

Pregnancy test bertukar tangan. Azka ingin membuang namun ditegah oleh Luna.

" Jap! Dua line ni..means Zahra mengandunglah!" Zahra sudah menghamburkan ketawa.

" Ayang!! Tak lama lagi kita dapat baby lah!!! " Jerit Zahra.

Azka terkedu. Ayyan, Leo dan Shah saling berpandangan. Pregnancy test bertukar tangan. Azka sebak!

" Baby!!! Baby pregnant!!! " Azka menarik Zahra dalam pelukan.

" Yeay!!! Bertambah anak buah weh!! " Sorak mereka. Semuanya memancarkan riak kegembiraan.

Kitten sudah menepuk tangan! Mimo juga sama! Nuna dan Danish sama-sama merangkul pinggang. Perut Nuna yang baru sahaja buncit diusap Danish perlahan.

Azka tak terkata dengan perasaan ini. Syukur! Zahra dari tadi tersenyum. Membalas pelukan suaminya.

" Thanks baby! Thank you baby!! I love you so much! " Azka menguncup dahi Zahra perlahan dan lama.

" I love you too ayang!! " Zahra merangkul pinggang Azka.

Zahra mengangguk. Leo, Ayyan dan Shah melebarkan senyum. Bertambah besar lagi keluarga mereka.

Azka dan Zahra syukur kerana takdir berpihak pada mereka. Keluarga yang lengkap. Suasana yang ceria.

Terima kasih Allah. Ucap Zahra dalam hati. Semoga kebaikan akan terus berpihak pada keluarganya nanti.

Berharap jodoh dia dengan Azka berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Bibir Azka masih lagi tersenyum. Dia berazam untuk menjadi ketua keluarga yang bertanggungjwab dan mengharapkan esok dan esok adalah satu kebahagiaan buat dia dan isteri tersayang.

Terima kasih Zahra, kau terima aku dan kini kau sudi mengandungkan zuriat aku. Pengorbanan kau terlalu besar untuk aku balas. Aku harap dengan kebahagiaan inilah yang akan buatkan kau akan tetap setia jadi milik aku.

TAMAT

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now