BAB 84

10.4K 521 118
                                    

Zahra memandang wajahnya dicermin kaca. Mua make up yang ditempahkan khas untuknya pada hari ini melayang-layangkan berus lembut dimukanya.

Dari pagi tadi dia tidak lepas dari membuang air. Hatinya berdebar!

Hari ini adalah hari dimana dia dan Azka telah disatukan. Pagi tadi sudah sah mereka berdua bergelar suami isteri. Dan malam ini adalah dimana malam reception bagi perkahwinan mereka.

" Awak ni tak yah make up tebal, sebab awak memang dah cantik sangat. Untung Tuan Muda dapat awak yang cantik. " Puji Mua. Teruja dia nak siapkan wanita cantik ini.

" Heh! Janganlah cakap macam tu..biasa-biasa je ni. " Zahra cuba untuk tidak dipuji oleh Mua itu, namun itulah, Mua ini dari tadi tak lepas memuji dia.

" Sis suka dengan wajah awak. Cantik dan lembut. "

Zahra tersengih. Ya, dia ikut muka abah. Abah memang tampan orangnya. Orang turki. Hidung mancung, bibir terbetuk kemas. Mata yang beraliskan bundar. Kening terukir elok.

Teringat kembali peristiwa dimana Azka menggenggam tangan Tok Kadi. Nampak muka itu mendatar tapi sangat tenang. Dengan sekali lafaz sahaja mereka berdua sah bergelar suami isteri.

Saat bibir Azka menguncup dahinya, Zahra seolah-olah sedang terbang keangkasa.

" Assalamualaikum my pretty wife. "

Zahra tersengih! Ucapan Azka sangat lembut dan mampu menggentarkan hati serta tulang belulangnya.

" Haih, jauhnya Puan Muda kita termenung. Package dengan dengan senyum. " Entah datang dari mana kakak-kakak iparnya datang menepuk perlahan bahunya.

Kitten yang sarat mengandung menghalau Mua yang duduk disebelah Zahra. Beri laluan pada mak buyung okay!

" Cantiknyalah adik ipar kita ni kan.. " Luna memandang cermin dihadapan Zahra.

" Tak sangka korang dah jadi suami isteri. " Nuna pula mencelah.

" Mimo nak cakap sikit dengan Zahra boleh? " Mimo merenung lembut kedalam anak mata Zahra.

" Boleh je.. "

" Mimo nak ucapkan terima kasih sebab kembalikan balik our family.. Zahra banyak berkorban untuk keluarga kami. " Ucap Mimo ikhlas.

" Betul, auntie Has pun baik gila dengan kitaorang. Zahra memang ditakdirkan untuk merubah kami. Zahra satu-satunya manusia yang mampu satukan dua buah kuasa besar untuk jadi satu keluarga. " Nuna tersenyum pada Zahra.

" Luna pun nak cakap terima kasih sebab terima Azka. Dia satu-satunya adik lelaki yang kami ada. Dialah abang, dialah adik, dialah ketua kami. Luna tahu, dia terpaksa lepaskan apa yang dia sayang untuk kebahagiaan kami. "

Zahra merenung satu persatu kakak-kakak iparnya.

" Terima kasih Zahra. Kami yakin, yang Zahra adalah perempuan yang paling tepat untuk ubahkan Azka. " Mereka memeluk Zahra.

Tangisan Kitten pecah. Dia menyapu lembut airmatanya yang mengalir laju. Mimo menunjal kepala Kitten.

" Tak yah menangislah mak buyung! "

" Diamlah Mimo! Aku sedih! Kau apa tahu?! Zahra tengok Mimo ni! " Adu Kitten.

" Alolololo... " Zahra mendakap mereka berempat. Mimo ketawa halus. Sengaja dia menyakat Kitten. Mereka faham keadaan bila mana perempuan mengandubg mempunyai emosi yang mudah tersentuh.

****
Azka sudah berdiri menanti isterinya untuk turun ke hall hotel. Tema mereka adalah hitam putih. Ini semua pemilihan warna dari Azka.

Mahu kalau Zahra yang pilih, semua warna dia nak pakai. Colourful.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang