BAB 25

7.6K 488 14
                                    

Zahra meninjau Azka yang tekun memandang laptop dihadapan. Leo awal-awal lagi sudah keluar untuk uruskan kerja diluar.

Wajah dingin Azka ditinjau. Zahra menundukkan wajah dan lagi sekali meninjau wajah Azka.

" Kau nak apa Zahra?! " Suara Azka menerjah. Hilang fokusnya apabila melihat muka Zahra yang mencuri-curi tinjau dia.

" Err..Tuan, minggu ni saya nak balik rumah boleh? " Zahra tersengih. Melihat Azka yang mendiamkan diri, Zahra mengaruk pelipisnya.

" Err..Tuan? "

" Jangan kacau aku.." Zahra menarik muncung.

" Alaaa Tuan, saya asyik dengan Tuan je..bagilah saya masa untuk diri saya sendiri. Saya ada mak, saya ada adik. Bibi saya pun perlukan saya..saya nak cuti.." Zahra acah menangis

Azka menjulingkan mata keatas lalu dia mengeluh perlahan.

" Yelah..aku bagi kau cuti." Berat juga Azka nak beri cuti pada Zahra.

" Seriuslah Tuan?!! " Mata Zahra membulat.

" Yelah.."

" Betul ke Tuan?! " Zahra masih lagi dalam keadaan yang sama.

" Kau nak aku tarik balik? "

" TAK NAK!! Yeayy!! " Zahra menjerit.

" Tapi hari isnin kau datang balik..sebelum cuti, rumah ni bersihkan dulu.." Zahra tersengih memandang Azka.

" Baik Tuan Muda!! Kalau macam tu, satu rumah ni saya akan pastikan bersih, berkilat, putih macam muka tuan yang strok tu.." Azka menjeling.

" Dah! Jangan kacau aku..pergi sana! Semak je! " Azka menghalau Zahra dari pandangannya.

" Riang hatiku badan bertuah, punya Tuan yang baik hati.." Zahra menyanyi kecil lalu dia beredar ke dapur.

Azka tersenyum kecil apabila mendengar bibit lagu Zahra. Entah kenapa sejak Zahra berkerja dengannya, dia rasa telatah Zahra mampu membuatkan dia tersenyum walaupun segaris.

Ada masa perempuan itu buatkan dia risau dan ada masa perempuan itu menyusahkan dia.

****

Ami berjalan perlahan didalam pasar raya tersebut. Abangnya meminta untuk dia mencari barang-barang keperluan dirumah.

" Hmm..ni kalau si dungu ada ni, mesti dia tahu apa yang patut aku kena beli.. " Ami mengeluarkan telefonnya.

Nombor Zahra didail.

Namun hampa, Zahra tidak mengangkat panggilannya. Dia meneruskan langkahnya.

Tiba-tiba trolinya dirempuh dari arah kanan. Terkejut Ami.

" Heyy!! Kenapa langgar-langgar ni? " Ami marah dengan intonasi lembutnya.

" Ami? " Ami mengangkat mukanya dan matanya menangkap figura perempuan bertudung dihadapannya.

" Ain?!! " Ami terkejut.

Ain mendekati Ami. Kawan lamanya. Ain dan dia berkawan sudah lama namun Ain yang tiba-tiba menghilang membuatkan mereka hilang punca untuk berhubung.

" Oh my god!! Ain!! " Ami menilik Ain dari atas sampai bawah.

Sah! Perempuan dihadapannya adalah Ain Suhana.

" Ami...lama gila tak jumpa kau.. " Ain menekup mulutnya menahan sebak.

" Yelah weh! Kau kemana menghilang..aku dengan Zahra tertanya-tanya. " Ami melenggok-lenggokkan tangannya.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now