BAB 19

7.4K 460 32
                                    

Kitten membalut luka dilengannya. Mereka melarikan diri dan menempatkan diri dibawah jambatan lama yang jauh dari gudang tadi.

Nuna dan Mimo meneguk air rakus. Walaupun mereka tidak menggunakan tenaga sepenuhnya tapi untuk target dan fokus pada orang yang bakal ditembak sangat memerlukan daya penglihatan yang tinggi.

Luna awal-awal lagi sudah meminta semua chip serta beberapa alatan IT untuk dimatikan sistem.

Leo dan Zafrul melepaskan kepulan asap diruang udara. Dari tadi mata Zafrul tidak lepas pandang dari melihat Kitten.

" Nuna..minta spray..darah tak berhenti keluar. " Sudah tiga kali dia menggantikan pembalut.

Darahnya tidak berhenti keluar. Baru sahaja Nuna ingin menghulurkan spray, satu tangan meminta botal spray itu.

Kitten terkelu apabila melihat Zafrul yang mengoyakkan hujung bajunya. Kain itu dibasahkan dengan air mineral dan dia menyapu kasar dilengan Kitten.

" Auch! Sakitlah! " Punyalah kasar dia merawat orang.

" Duduk diam-diam..macam ni baru sikit. Orang yang kau kelar leher tu, nyawa-nyawa ikan, lagi perit dari luka kau ni. " Jawab Zafrul selamba.

" Hey pakcik! Cakap baik sikit eh! Meh I kelar lengan you and I cuci macam mana you cuci luka I, baru you tahu rasa dia! " Bentak Kitten.

Lengan Kitten dibalut dan dikemaskan ikatan. Mimo dan Nuna menyimpul senyum kearah Leo mengejek Kitten.

" Aku tak akan suruh kau cuci luka aku..nanti bukan luka aku yang kau cuci, benda lain yang kau cuci.. " Ujar Zafrul dan meninggalkan Kitten yang memandangnya geram.

Nuna dan Mimo menghamburkan ketawa. Mereka faham apa yang dimaksudkan oleh Zafrul.

Leo tersengih melihat Kitten yang menjuihkan bibir. Awal pengenalan dia dengan Azka, tidak sangka yang Azka mempunyai kakak-kakak yang hebat dalam dunia mafia.

Dia menaip sesuatu diruangan chat di WhatsApp.

Mission complete! - Leo

****

" Kau buat apa Zahra? " Dari tadi dia melihat Zahra yang sibuk dengan sketch book dan pensil.

" Saya tengah siapkan design baru untuk butik mak saya.. " jawab Zahra. Specnya yang mula melorot kebawah dibetulkan.

Azka mengerling kearah Martin. Nampak Martin lena selepas mandi dan disusukan. Budak-budak memang suka tidur.

" Mak kau ada butik? " Azka melabuhkan punggung disebelah Zahra.

" Haah..butik HAZS tu mak saya punya..kakak-kakak Tuan semuanya ambil baju dari butik saya. " Terang Zahra.

" HAZS? Maknanya kau anak auntie Has? "

" Haah.. Tuan kenal mak saya ke? "

Azka terdiam.

" Kenal! Jadi kaulah perempuan yang suruh aku mop lantai depan butik tu.. " Azka mengecilkan matanya memandang Zahra.

Gulp!

" Err..masa tu saya..eh Tuan cuba tengok ni cantik tak? " Zahra menolak sketch booknya.

" Huh! Tukar topik! Aku tolak gaji kau. "

" Alaa Tuan..mana boleh tolak gaji sebab kisah mop tu.. " Zahra mula menjuihkan bibirnya.

" Siapa suruh kau berani mengarah aku. "

Baru sahaja Zahra ingin menjawab, tiba-tiba sahaja Martin menangis.

Kelam kabut Zahra menghampiri Martin yang menangis tiba-tiba.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now