BAB 56

6.8K 430 46
                                    

Jejak sahaja kakinya ditanah Malaysia, Syafiq menyambut mereka dengan beberapa orang yang memakai satu suit hitam.

Azka mencampakkan beg bajunya kepada salah seorang dari lima orang disebelah kanan.

Telefon diambil dan dilekapkan ditelinga.

" Kitten. Mission! " Tegas dan mendatar. Panggilan dimatikan.

Leo dan Ayyan sudah dapat mengesan keberadaan Goshua. Kini mereka mula bermain api dengan Mation.

Penat yang terasa semasa kerja di Brazil masih lagi belum reda, ditambahkan pula dengan perkhabaran Goshua mahu berperang dengan Mation membuatkan dia makin bengang!

" Leo! Kumpulkan Bryans sebanyak yang boleh. " Ujar Azka sambil menghembuskan kepulan asap.

" Hayders! Aku nak korang sediakan semua kelengkapan senjata dan bom! " Ayyan dan Danish menaikkan ibu jari tanda arahan diterima.

" Seronok! Dah lama tak main pecuw pecuw! " Ayyan berlakon ingin menembak Danish.

Leo dan Danish menjulingkan mata keatas. Kadang-kadang mereka berdua pelik dengan Ayyan yang sedikit pun tak pernah nak serius.

Padahal umur lagi tua dari mereka semua. Ayyan yang berumur 30an pun perangai seperti umur 20an.

Dah pangkat papa pun perangai masih budak-budak. Danish kadang-kadang rasa nak hempuk je kepala abangnya.

" Azka! Goshua nak main kat mana? " Danish menyedut air kotak ribena perlahan.

" Entah! " Azka memandang jauh kehadapan.

Dulu Bryans pernah tumpaskan geng FIX yang mempunyai kuasa besar. Bagi Azka, pertempuran sesama geng yang berkuasa besar itu adalah biasa.

Pertempuran ini dipanggil berperang. Dibenarkan dalam Mation apabila musuh ajak berperang. Disini akan tahu kuasa siapa yang lebih besar.

Dalam sejarah masih belum ada lagi Hayers berperang dengan Mation. Dua kuasa ini, adalah kuasa yang terbesar diabad sekarang.

Azka tersenyum sinis. Goshua tak kenal lagi siapa Tuan Muda. Silap Goshua ajak berperang dengan dia. Sekali taktik dan strategi sudah dirangka dalam otak Tuan Muda.

****

Zahra terasa seperti dia berada dikawasan gempa bumi. Makin lama,  makin kuat gegaran.

Akibat terasa gegaran, otaknya mengawal segala tindakannya. Dia mencelikkan mata dan menjerit sambil terlompat-lompat.

" GEMPA BUMI!! SELAMATKAN DIRI!! " Jerit Zahra yang berlari kehulu kehilir.

" Hoi!! Kak!! " Syaf yang berdiri sambil bercekak pinggang memandangnya tajam.

" Adik selamatkan diri!! " Zahra menggoncangkan bahu Syaf.

" Ish!! Gempa bumi apa kak?! Kau tahu sekarang ni tsunami yang melanda! " Jawab Syaf.

" Ha?! Tsunami?! Syaf! Kenapa kau tak kejut aku Syaf?! Mak mana?! Macam mana dengan surat beranak kita, dompet kita, makanan kita. Dan paling penting gula-gula kapas aku beli 10 hari tu?! " Syaf menyirap dengan kakaknya yang kelam kabut tak tentu pasal.

Laju sahaja tangan Syaf menarik Zahra turun ketingkat bawah. Zahra terpandangkan maknya yang menyorok dicelahan langsir tingkap.

" Mak! Apa dah jadi?! Betul ke ada tsunami? " Zahra segera mendapatkannya.

" Hah Zahra! Bangun pun kamu! Macam mana ni Zahra, mak dengan Syaf nak pergi kebutik. "

" Pergi jelah. Kenapa macam mana apa? " Zahra pelik.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now