BAB 53

6.5K 442 46
                                    

Kitten melangkah masuk kedalam Bryans Sdn. Bhd. Semua mata lelaki tertancap elok melihat gaya Kitten yang berjalan seperti model.

Hari ini dia bersemangat masuk ke office kerana PA Azka mengatakan ada client terpenting ingin berbincang tentang projek besar.

Dia mengenakan dress putih yang labuh sehingga paras lutut. Rambutnya disanggul tinggi. Solekannya nampak manis sahaja.

" Selamat pagi Cik Aura. " Sapa Fuad mesra.

" Pagi.. " Kitten melabuhkan punggung dikerusi milik Azka.

" Megat Zafrul datang pukul berapa? " Fuad membetulkan tali lehernya memandangkan dihadapannya ini ratu cantik. Hekheks!

" Ehem! Dia datang dalam pukul 10 pagi cik Aura. "

" Lambatnya! " Kitten mengeluh.

" Haah Cik Aura, katanya dia kena uruskan hal penting dahulu. "

" Jap! Kenapa awak kena jadi PA? Bukan Zana ke? "

Fuad tersenyum bangga.

" Saya ni cik Aura, dari penyambut tetamu naik terus jadi PA Tuan Muda. Dia suka dengan kerja saya. "

" Apa kena mengena? "

" Zana tu dia overlah cik Kitten. Suka goda-goda Tuan Muda, jadi Tuan Muda ambillah saya jadi PA atas cadangan Zahra." Terang Fuad.

" Zahra suruh? "

" Iye cik Aura. "

" Wah! Ini sangat menakjubkan. " Kitten menepuk tangan.

" Iye sangat menakjubkan! " Fuad turut serta sekali menepuk tangan.

" So, Fuad! " Kitten berdiri sambil hentak meja.

" Aip kapten! " Fuad meletakkan tangan didahi. Tabik!

" Nanti Encik Zafrul dah datang, cepat-cepat inform dekat saya! Saya nak tidur sekejap. Pastikan tak ada sesiapa yang masuk okay! Kata saya tengah bad mood! "

" Baik Cik Aura! "

" Bagus! Dah, awak boleh keluar.. " Halau Kitten.

****

Ain melangkah masuk kedalam butik HAZS. Dia melemparkan senyuman kepada Puan Has yang sedang sibuk membetulkan bunga diatas kaunter.

" Assalamualaikum auntie..Zahra ada tak?"

" Tak adalah Ain, dia dengan Syaf belum datang lagi. "

Ain menganggukkan kepala tanda faham.

" Hmm..auntie, Ain nak cakap sikit boleh? " Puan Has mengerutkan keningnya.

" Kenapa Ain? Zahra ada buat hal ke? "

" Ain nak minta auntie cakap dekat Zahra, Ain tak kisah kalau dia bekerja dengan suami Ain, tapi dia terlalu rapat pula dengan suami Ain. "

Puan Has terkejut dengan kenyataan Ain.

" Zahra kerja dengan suami Ain? Maaflah nak, auntie tak tahu Zahra kerja dengan suami Ain! Ya Allah, Zahra..apa kau dah buat kali ni? "

" Auntie jangan marah Zahra, kesian dia. Bagi Zahra mungkin perkara biasa sebab dia dah terbiasa kawan dengan Ami. Cuma Ain ni jelah.. " Ain mengendurkan suaranya.

" Eh! Memang patutlah kamu beritahu auntie, suami kamu Ain. Isteri mana yang tak cemburu tengok suami dia rapat dengan orang lain. Ya Allah.. " Hampir luluh hati Puan Has apabila mendengar kata dari Ain.

" Maaflah ye Ain, auntie memang tak tahu Zahra macam tu. Auntie ingat dia kerja biasa sahaja. "

" Eh! Tak apalah Auntie, Ain faham. Ain je overthinking. Auntie jangan marah Zahra pula ye..ni Ain nak beritahu, yang Ain tak dapat datang majlis esok. Ain minta maaf ye.."

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now