BAB 27

6.9K 495 36
                                    

Zahra terpisat-pisat bangun apabila maknya mengetuk pintu biliknya seperti mahu tercabut pintunya.

Sudahlah semalam seharian suntuk dia dengan Syaf dan maknya pergi keluar membeli belah. Meluangkan masa bersama. Hari ini sudahlah hari terakhir dia cuti sebelum esok dia ke rumah Azka.

Wajah sugul anaknya menjadi perhatiannya.

" Zahra! Cepat siap! Fahim dah ada kat bawah.."

" Ha?! " Tak jadi dia nak menguap!

" Yelah..Fahim datang tu. Dia nak ajak kamu keluar. " Zahra hanya memandang maknya yang melangkah meninggalkan dia.

" Ish! Kenapa tiba-tiba dia datang pulak ni?!! " Zahra mengaruk keningnya kasar.

" Tuan..cuti saya tak bermakna! " Zahra menghentakkan kakinya masuk kedalam bilik!

****

Fahim tersenyum saat melihat stoking belang Zahra yang menapak kearahnya.

Segera dia bangun lalu mengukirkan senyuman manis kearah Zahra.

" Hai Zahra..." Sapa Fahim. Suka dia melihat Zahra.

Sudah hampir setahun tahun dia tidak berjumpa dengan Zahra. Dahulu Zahra adalah junior dia semasa di Terengganu.

" Err..hai Fahim. "

Kekoknya! Zahra berdebar. Entah kenapa dia rasa tidak selesa dengan pandangan Fahim terhadapnya.

" Maaflah Zahra lambat tadi Fahim.."

" Eh! Tak apa..Lagipun salah Fahim sebab tak bagitahu awal-awal. "

Fahim tinggi orangnya. Berkulit sawo matang. Rambut yang disisir rapi dan mempunyai aura yang luar biasa.

" Jomlah..nanti gerak lambat, balik pun lambat." Zahra menapak kepintu.

****

" Weh! Air coklat aku kan Leo! " Nuna menjeling kearah Leo. Sesuka hati je minum air coklat orang.

" Sorrylah..ayam ni pedas. " Leo menyengih. Muka Nuna yang garang tu sedikit pun tidak mengerunkan dia.

Azka mengeluh perlahan. Dia dipaksa oleh kakaknya Nuna untuk menemani Nuna shopping. Leo pula mahu juga menyelit sama.

" Azka..jap lagi tengok wayang nak? Cerita best punya.." Azka menjulingkan mata keatas.

" Malas! Kau pergilah tengok dengan Nuna. Aku nak balik."

" Apalah kau ni dik..hidup kau tu membosankan tahu tak? Bilalah kau nak enjoy-enjoy..kerja pun kerja juga, on your style pun style juga..ada masa chillah! " Tambah Nuna.

Adik kembarnya ini memang tidak mahu bersosial. Sebab itu sampai sekarang calon pun tidak ada.

Matanya menoleh kearah kanan. Susuk tubuh itu yang menganggu lenanya sejak akhir-akhir ini berada disebelah seorang lelaki yang boleh tahan bergaya.

" Tak apalah Nuna..kalau dia tak nak ikut, kita berdua jelah yang pergi. " Nuna dan Leo mengikut pandangan Azka.

" Eh! Itu bukan Zahra ke? " Jari runcing Nuna menunjuk kearah Zahra yang sedang makan gula-gula kapas.

" Weh! Itu boyfriend Zahra ke?! Seriuslah Zahra ada boyfriend?! " Leo terkejut!

Azka mengerutkan kening. Dia menikam wajah Zahra yang kadang tersenyum, kadang ketawa.

Lelaki disebelah Zahra itu pula tidak lepas pandang dari memandang wajah Zahra.

Azka berdiri lalu meninggalkan Nuna dan Leo terkulat-kulat.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ