BAB 43

6.8K 475 103
                                    

Azka melelapkan matanya apabila kereta mula bergerak. Bukan tidur tapi hari ini jadualnya begitu padat.

Tak sempat nak makan dan juga tak sempat nak WhatsApp Zahra. Leo yang memandu dengan tenang menekan minyak dengan perlahan.

Dia berhenti betul-betul dihadapan butik HAZS. Nampaknya butik HAZS sudah tutup dan Zahra berdiri tegak memandang jauh jalan dihadapan.

Nampak sahaja kereta Azka, Zahra berjalan longlai dan memboloskan diri kedalam kereta.

Dia mengambil tempat dibahagian hadapan sebelah Leo. Nampak Azka penat jadi dia tidak mahu menggangu Azka.

" Hai Leo.." Suara itu tidaklah ceria sebelum ini. Menutup hati yang dipagut rasa sedih.

" Aik?! Selalunya ceria. Hari ni macam penat je.." Leo mengerutkan kening.

Azka meninjau Zahra disebalik mata yang tidak terkatup rapat.

" Tak adalah..penat sikit. Hari ni customer ramai. Dengan layan Ami lagi, Ain lagi. " Suara Zahra mengendur apabila menyebut nama Ain.

" Oh..Ami kawan kau yang sotong tu ke? " Soal Leo.

" Haah.."

" Ain? " Leo terasa seatnya disepak dari belakang. Dia tahu Azka yang menyepak dari belakang.

" Ain kawan sama dengan Ami dulu. Time Uni. Lost contact dan tiba-tiba muncul balik. " Dan ambik Tuan Zahra! Tak terluah rasanya ayat itu.

" Oh.." Leo sudah tidak berani bertanya apa-apa.

Mereka bertiga mendiamkan diri tanpa bersuara. Zahra merenung jauh keluar tingkap.

Ikutkan hati nak sahaja dia terus terang dengan Azka. Betul ke? Azka suami Ain? Ain isteri Azka?!

Penat dia memikirkan soal itu dari tadi. Ain cerita dari awal dia kenal dengan Atif sampailah dia kembali semula ke Malaysia.

Atif tu Azkalah. Azka tu Tuan Mudalah. Tuan Muda tu bos dialah. Bos tu dia punyalah! Dalam tak sedar Zahra mengeluh.

Sampai sahaja dirumah Azka, Zahra orang pertama yang buka pintu kereta dan melulu masuk tanpa memandang kebelakang.

Leo pelik. Dia kerling wajah Azka. Beriak biasa.

" Kenapa dengan Zahra? " Azka berhenti melangkah.

" Entah. " Dia malas nak ambil tahu. Dia penat.

" Kau tak rasa ke si Ain tu cerita pasal kau dekat Zahra? "

" Dia bukan tahu Zahra kerja dengan aku. " Jawab Azka pendek.

" Dia tak tahu, tapi Zahra tahu! " Azka terdiam. Dia mengeluh perlahan.

" Kenapa kalau dia tahu? Bad mood? Sedih? Kecewa? Aku bukan suami dia pun." Bentak Azka.

" Weh! Apa yang kau fikir ni? Otak kau tinggal kat office eh? Dari segi dia tengok kau, hormat kau, layan kau, masak semua tu untuk kau...kau tak rasa ke yang Zahra sayangkan kau? " Leo memandang Azka tajam.

" Entahlah..dia tak bagitahu pun. "

" Memanglah tak bagitahu. Zahra tu perempuan. Walaupun dia dungu macam mana pun, dia still ada perasaan macam perempuan! Come on Tengku Azka, kau lebih kenal perempuan dari aku. Hidup kau dikelilingi dengan wanita. Luna, Kitten, Mimo dan Nuna. Feel diorang sama je. "

Azka menjulingkan mata keatas. Wajah bersih Leo ditatap tajam.

" Jadi? "

" Kau kena terus terang sebelum benda melarat. Bukan kehendak kau. Kau buat bersebab. Dan tak payah nak tutup hati kau. Kalau dah suka terus terang. Bukan pendam dan jeles tak tentu pasal. " Tambah Leo lagi.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now