BAB 48

6.6K 451 40
                                    

Mereka berdua berjalan menuju kebahagian ikan dan ayam. Azka dengan lagak machonya dan Zahra dengan kepenatan menolak troli.

Mahu tercabut kaki dia tolak troli yang dipenuhi dengan makanan kering sahaja. Azka berhenti dihadapan pelbagai jenis ikan.

" Tahu ke nak beli ikan apa? " Zahra menguntum senyum sinis apabila melihat Azka yang terpinga-pinga memilih ikan.

" Kau diam! Aku yang nak makan, so biar aku yang pilih ikan. " Angkuh!

Zahra mencebik! Acah!

Azka menyinsing lengan bajunya. Plastik diambil dan melangkah ke peti ikan merah. Dia ambil seekor dan dibelek-belek.

Dia menoleh kearah Zahra.

" Ikan ni tak fresh! Isi dah lembik, mata dah merah. So, buang. " Dengan selamba sahaja Azka mencampak ikan itu kedalam tong yang kosong.

Terbuntang mata Zahra dengan gaya Azka. Selamba badak lah aii! Ingat ni market dia ke?!

Tangannya bergerak ke ikan yang kedua. Dia mengambil dan membelek.

" Ikan ni fresh! Warna terang, mata segar. Sedap kalau goreng. " Dia masukkan ikan dalam plastik yang diambil tadi.

" Tuan..saya nak ikan sembilang. " Zahra kecur air liur tengok ikan sembilang yang tergolek-golek dalam peti.

Azka mengerling kearah ikan sembilang. Ngeri! Ikan itu hidup!

" Hah! Tak payah! Ikan tu tak sedap. "

" Alaaa Tuan..tak apa, Tuan ambik tiga ekor je..biarlah saya makan sorang. " Zahra menarik-narik hujung baju Azka. Dah macam anak minta bapa belikan mainan je.

" Ish! Ikan tu hidup! Mana boleh ambik! Nanti dia gigit tangan aku. " Azka geli!

" Alaaa..Tuan kan lelaki. Kenalah berani. " Zahra tunjuk-tunjuk ikan sembilang.

" Kau nak makan, kaulah gi ambik. Aku tak nak! "

Zahra masih lagi tidak lepas menarik baju Azka. Azka berdecit.

" Bolehlah Tuan..ikan tu isi dia manis. Masak sambal berlada, sedap tau!! " Zahra cuba pancing Azka.

" Sambal berlada? "

" Iye Tuan. Buat pedas-pedas. Sedap! "

Azka menelan air liur. Walaupun dia tak pernah lagi rasa ikan sembilang, tapi bila dengar pedas tu buatkan tekak dia kecur.

Dia memang peminat pedas. Tak kisahlah makanan apa pun janji pedas.

Mafia tekak omputih? Itu cerita lain. Ini cerita Azka. Tekak kampung.

Dia mengambil plastik lagi satu. Dia mendekatkan diri kepeti ikan sembilang. Muka dia cuak. Zahra juga sama.

" Ikan ni hiduplah Tuan.."

" Kau baru nampak ke?! " Azka berdengus. Mereka berdua melangkah perlahan.

Ikan sembilang yang meliuk-liuk membuatkan Azka meneguk air liur. Macam mana kalau ikan tu melompat? Macam mana kalau ikan tu gigit tangan dia?

" Tuan..jangan ambik isi kurus macam Tuan. Ambik yang gemok sikit. "

" Hah kau ni! Mengarah pulak. Cuba kau yang ambik. " Zahra segera menolak plastik yang Azka hulur.

" Saya perempuan. Tuan kan lelaki. Ambiklah.. " Zahra tolak-tolak Azka supaya lebih dekat dengan peti ikan sembilang.

Azka cuba memegang ikan sembilang namun ikan itu meliuk-liuk sehinggakan Azka tercampak.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now