BAB 51

6.7K 467 44
                                    

Zahra memasukkan segala bajunya kedalam beg. Tadi selesai uruskan Azka, kini dirinya pula.

Ting!

Laju sahaja tangannya mencapai Iphone. Tertunggu-tunggu Tuan Muda hantar chat. Baru 15 minit Tuan Muda pergi, dah rindu.

Aku dah sampai. Ni baru nak gerak pegi Brazil. - Tuan 🐺

Jarinya lincah menaip membalas chat Tuan kesayangannya.

Cepatnya Tuan!! - Zahra

Well! Akukan serba boleh! Apalah sangat 160 tu.. - Tuan 🐺

Yelah..Tuankan memang nak mati - Zahra

Kau memang suka aku mati - Tuan 🐺

Ish! Taklah! Saya dah siap packing baju ni. Saya pun dah nak gerak balik. Nanti dah sampai Brazil bagitahu.- Zahra

Tengoklah kalau aku tak busy. Take care bawa skuter kuning kau tu. - Tuan 🐺

Baik Tuan ku sayang. - Zahra.

Aku dah start rindukan kau. Aku dah nak airplane mode. Bye - Tuan 🐺

Zahra tersenggih lebar. Aku dah start rindukan kau. Auwww!!

****

Ami menahan senak! Darah yang terperecik dimulutnya disapu. Mukanya sudah naik bengkak.

" Kau!! Kalau tak mampu nak buat, cakap! Jangan bagi aku tertunggu-tunggu. Kau tahukan yang aku dah gila bayang dengan perempuan tu? " Shah menarik kolar baju Ami.

" Sorry Shah! Aku tak sanggup! Aku bayar harga kau tu! Aku bayar! "

" Kau bayar?! Hutang aku pun kau tak selesaikan, ni nak bayar harga baru?! Kau bodoh ke? " Lagi sekali muka Ami menjadi sepakan Shah.

Shah meraup mukanya. Ami sudah terlentang kesakitan. Separuh mati dia telah dikerjakan.

" Aku tak sampai hati nak jual dia Shah! " Tercungap-cungap Ami berkata.

" Kau tak nak jualkan? Tak apa! Tapi jangan ingat aku nak biarkan dia dengan Azka. Aku tak sukalah tengok dia dengan Azka! Tak sesuai! " Bibir Shah sudah menguntum senyum sinis!

" Jangan Shah.. "

" Bawa dia keluar! " Arah Shah. Beberapa orang mengheret Ami keluar dari situ.

Masih ingat lagi pertemuan dia dengan Zahra. Nampak sangatlah dungu. Peramah! Shah suka dengan cara Zahra walaupun pakaiannya sakit mata!

" Well Azka...aku tak sabar pula nak berperang dengan kau. "

****

Mesin jahit bergerak mengikut pola baju yang telah diukur. Baju yang akan dipakai oleh model utama ketika fashion show nanti.

Kain lace digunting-gunting mengikut lakaran yang dilakarkan diatas kain lace.

Bentuk rama-rama. Warna ungu, merah jambu dipilih. Tanah baju dipilih warna cream lembut.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now