BAB 74

7.4K 482 78
                                    

Shah berjalan masuk kedalam Mation Holdings. Mata yang memandang kearahnya diabaikan dan meneruskan langkah menuju ke lift. Namun beberapa konco Bryans menahannya tidak bagi dia naik ke tingkat atas.

" Wow, wow! Tak yahlah tahan dada aku. Aku report polis kang. Sexual harrasment! " Shah membelakangkan sedikit badannya supaya jauh dari lelaki yang berbadan besar.

" Nak jumpa siapa? " Tegas suara lelaki yang ditugaskan untuk menjaga pintu lift.

" Hakhalah! Kecohlah kau ni. Kenapa? Memang prosedur dalam Mation ni, orang kacak macam aku ni tak boleh masuk ke? "

" Jangan main-main! Bagitahu sekarang! Apa niat kau?! "

" Aduh..susahlah cakap dengan kau ni. Niat aku datang ke sini hanya Allah yang tahu. Kau siapa nak tahu niat aku datang kesini? "

Telefon Shah berbunyi. Dia berdecit perlahan dan mengangkat panggilan tersebut.

" Woi Leo! Apahal si badak ni? Mation dah tak ada duit ke sampai korang upah badak jaga lift?! Lemah lah! " Shah perasan rahang lelaki itu bergerak-gerak.

Marah ke? Ini jerung tau!

" Okay.. " Shah mematikan panggilan. Dia tahu semua kenal dia, tattoo yang terlakar kemas dibahagian lengan berlambangkan ikan jerung buka mulut. Lambang ini semua orang tahu, lambang Hayers.

" Blah! Leo kasi aku masuk. Memandai je kau ni badak! " Shah merempuh bahu lelaki itu lalu melangkah masuk kedalam lift.

Sempat dia menjelirkan lidah pada wajah mencuka itu. Bukan dia heran pun kalau lelaki itu bagi dia penumbuk.

Sampai sahaja ditingkat atas, Leo menghampiri Shah. Sejak Zahra ceritakan tentang kejadian sebenar, hubungan mereka semua dengan Shah bertambah baik.

Cuma Azka sahaja. Azka lebih banyak mendiamkan diri dan menyendiri. Mereka semua pun tak sangka perubahan Azka selepas Zahra bawa diri ke Paris.

" Mana Tuan? "

" Dia ada..cuma biasalah, kelam kabut sikit. Semua ahli ada. Mation, Hayders dan Etnas. Semua tunggu kau. " Leo menghampiri pintu pejabat Tuan.

Shah merenung kepintu yang tertera Presiden Mation. Fuh! Jawatan paling besar dalam dunia mafia. Nampak sangat orang yang jadi presiden ni bukan kaleng-kaleng.

Langkah sahaja kaki kanan Shah kedalam pejabat itu, kesemua mata menikam wajah Shah kecuali susuk tubuh berbidang itu menghadap memandang cermin besar yang menyajikan suasana mendungnya awan diluar.

" Halooo! Semua tengah tunggu aku ke? " Shah melabuhkan punggung dihadapan meja Azka.

Azka memusingkan badan kearah Shah. Senyap! Semua menunggu Azka mulakan perbincangan.

" Kenapa kau tak terus terang dengan aku? " Mata tajam Azka menjadi tatapan Shah.

" Sebab belum tiba masanya lagi. Lagipun kalau aku jumpa kau..dan tak bagi hint apa-apa, kau rasa, kau akan layan aku baik-baik ke? "

" Kenapa kau tak suruh Zahra je bagi hint kat aku? "

Shah tersenyum sinis.

" Seriously Tuan Muda? Time dia cuba bagitahu pun, kau tak dengar. Dan..lelaki ni. " Jari Shah menuding tepat pada muka Safwan.

" Tak boleh pakai pun! Kenapa korang boleh simpan orang macam ni? Kalau aku lah kan jadi kau Tuan, aku buang je lelaki bodoh ni! Sepupu tak sepupu. Siapa suruh jadi bodoh?! "

Safwan mengetap rahangnya!

" So? Apa yang boleh buatkan aku percaya dengan kau? " Azka melepaskan keluhan perlahan.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now