BAB 35

7.4K 564 54
                                    

Zahra melewati lorong yang agak sunyi itu. Disini dia dikenali sebagai Syaria. Kata Luna, ada seorang perempuan bernama Syaria yang iras-iras muka Zahra.

Zahra berjalan dengan perlahan sambil matanya meliar didalam rumah Tuan Ghani.

Dia dibawa kedapur. Kelihatan ramai pekerja perempuan yang memakai pakaian yang seksi sehinggakan menampakkan alur tengah antara kedua-dua gunung mereka.

" Syaria, bawa ni ke bilik mesyuarat Tuan Ghani. " Zahra mengangguk.

Zahra mengambil dulang lalu melangkah keluar. Tiba-tiba seorang perempuan yang tinggi berkulit hitam manis menghampirinya.

" Syaria.." seru perempuan itu. Zahra menoleh dan mengamati wajah itu.

" Nah! Awak terlupa ambil ni.."

Saat tangan wanita itu meletakkan sehelai tuala, dia membisikkan sesuatu kepada Zahra.

" Tingkat 2, belah kiri. " Hani tersenyum seraya berlalu pergi.

Zahra terdiam. Itu bukan perempuan yang suruh jaga Martin ke?

" Zahra! Fokus! " Suara Azka bergema digegendang telinganya.

Zahra menelan air liur. Lalu menuju kelift. Maksud Hani apa? Tingkat 2 belah kiri?

Masuk sahaja ke dalam lift, ada dua orang lelaki sama-sama masuk kedalam lift. Mereka ketawa terbahak-bahak.

Zahra pula mendiamkan diri. Dia menggigil.

" Wei! Syaria..malam ni turn kau kan dengan Tuan Ghani? " Salah seorang daripada mereka menghimpitkan badannya dengan Zahra.

" Seronoklah si tua tu..dapat perempuan cantik. " Salah seorang dari mereka mencium-cium rambut Zahra.

Zahra cuba mengelak. Dia hampir menangis.

" Lepas Tuan Ghani, kau layan kitaorang pulak boleh? " Tangan lelaki itu meliar ke pinggang Zahra.

Ting!

Pintu lift terbuka. Zahra berlalu pergi meninggalkan mereka yang merungut. Zahra cuba menenangkan hatinya. Dia takut.

" Zahra..dengar ni, Zahra jangan takut. Cuba kawal keadaan. Tarik perhatian Tuan Ghani. "

Suara Kitten seakan-akan memberi semangat dan menenangkan dia. Zahra menggenggam dulang sekuat hatinya.

****

Azka berdengus kasar. Dia nampak semuanya! Dari awal Zahra masuk sampailah Zahra menapak kedalam bilik mesyuarat Tuan Ghani.

Kelihatan beberapa lelaki yang melirik gatal kearah Zahra yang menghidangkan dessert ditengah-tengah meja.

" Hey beautiful..you look so great on your uniform. "

Suara mat salleh memuji Zahra sambil dia meninjau punggung Zahra.

" Sorry James! Today, she is mine."

Suara Tuan Ghani pula menyapa pendengaran Azka.

Luna dan Azka saling berpandangan.

" Syaria sayang..tunggu I dekat bilik.."

" Luna! Ready? " Azka berjalan laju kearah pintu.

" Ready! "

****

" Err..Tuan, saya minta diri dulu okay.." Zahra ingin melangkah namun Tuan Ghani mencapai tangan Zahra.

" Tunggu kat bilik tau.." senyum gatal menghiasi bibir lebam itu.

Zahra tersenyum seraya mengangguk. Dadanya sudah ingin meletup. Dia berjalan keluar.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now