BAB 2

10.6K 604 42
                                    

AZKA ATIF melangkah masuk kedalam pejabatnya. Semua dokumen diatas mejanya dijeling.

Hujung tahun sememangnya banyak fail yang harus dipantau dan dicek. Pengiraan tahunan juga harus diteliti.

Satu persatu kertas ditilik. Ketukan dari pintu biliknya.

" Masuk ! "

Seorang perempuan yang cantik dan manis,  menghampiri Azka.

" Hari ini Tuan ada perjumpaan dengan Megah Holding's. Sesi perbincangan untuk projek tahun depan, kata Encik Ikhram yang ketua dari jabatan sana nak jumpa dengan Tuan. " Zana menerangkan lebih terperinci tentang perjumpaan Megah Holding's

" Okay. Next ? " Azka masih menilik kertas.

" Tengku Aura ada buat appoiment pada jam 8 malam. "

" Bila dia buat appoiment? "

"Baru je tadi Tuan.." Azka mengeluh, ini mesti kakak-kakaknya suruh dia pulang kerumah untuk majlis malam ini.

Berjumpa dengan sedara mara, membuatkan dia merasa rimas. Zana hanya menunggu keputusan dari Tuan Muda.

" Okay, minta Leo berjumpa dengan saya..dan awak boleh keluar.. " arah Azka. Siapa yang tidak kenal dengan dirinya yang bengis dan dingin.

Sudah lama dia tidak pulang ke rumah keluarganya. Kakak-kakaknya sering kali datang kepejabatnya untuk memujuknya. Pujuk sebab suruh balik rumah keluarga.

Dia malas nak dengar coloteh kakak-kakaknya.

Pintunya diketuk.

" Masuk! " Leo mendekati Azka dengan senyuman lebar.

" Apahal panggil aku? " Leo mengambil tempat duduk dihadapan Azka.

" Kau ada dapat info apa-apa? " soal Azka.

" Oh yang kau suruh cari tu? Bad news, belum dapat apa-apa lagi.." Leo masih memandang Azka.

Wajah yang bengis Azka dipandang. Mata yang tajam itu direnung.

" Kau jangan lambatkan kerja Leo ! Benda ni penting..jangan disebabkan kau buat kerja lambat, ramai yang mati ! " Leo mengangguk.

Azka meneliti fail yang terdampar diatas mejanya.

Azka yang memang jenis yang tidak mahu tangguh kerja. Leo merupakan orang kanan dan penting bagi Azka.

Leo juga tahu semua jadual dan urusan Azka.

" Malam ni family kau ada buat party? " soal Leo.

" Ye..birthday Martin. " Leo hanya mengganguk.

" Kau tengok cite semalam? Cite Nur. " Leo mula membuka cerita.

" Tak.." Azka masih meneliti kerja. Tapi telinga peka dengan cerita Leo.

" Hahahahah ini lawak Azka ! Famous kot cite Nur tu.." Leo tergelak.

Azka menjongketkan bahunya. Tiada masa untuk dia melayan drama.

" Ada ke patut sup bunjut tu dia kata sihir, hahahaha. " Leo menepuk-nepuk pehanya.

" Sebab tu kerja aku tak buat?! " mata Azka menikam wajah Leo yang kemerahan akibat tergelak.

" Sorry weh, kejap lagi kau mesti dapat info baru..aku ni semalam stress sangat. " ujar Leo.

" Alasan ! Kau banyak tengok drama Leo.." ujar Azka.

Leo menyengih! Setuju dengan Azka. Dia sememangnya kaki drama.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now