BAB 17

7.2K 464 23
                                    

Zahra tersedar apabila satu tangan menepuk-nepuk punggungnya. Terpisat-pisat Zahra berpusing melihat Martin yang memegang tangan Azka dan mengerak-gerakkan tangan itu.

" Hai Martin.." suara Zahra yang kejap tenggelam, kejap timbul. Dia memandang Martin lama untuk memproses apa yang Martin lakukan.

Okay, Martin pegang tangan uncle, dan Martin tepuk-tepuk peha auntie dan tadi siapa yang tepuk punggung auntie?

Lama-lama mata Zahra membulat! Muka Martin yang kemerahan yang sedang memanjat Zahra itu mencuit hidung Zahra.

Merah menyerbu diwajah Zahra. Tangan Azka ke tadi punggungnya? Eiii!!! Malunya!!

Dia mengalihkan pandangan pada wajah Azka. Azka tidur tidak sedarkan diri. Tangannya dilekapkan didahi Azka. Panas lagi.

Zahra mengeluh perlahan. Ikutkan badan, mahu sahaja dia teruskan tidur, namun Martin yang terlebih segar segera dia batalkan niatnya.

Beg baju Martin diambil dan melihat apa yang ada. Baju, towel, bedak, perfume.

" Perfume? Baby pun pakai perfume ke? " Zahra melihat Martin yang mahu turun dari katil.

" Eh! Nanti jatuhlah awak.. " Zahra mendukung Martin.

Dia menyelongkar lagi didalam beg itu. Tiada apa melainkan beg. Tiba-tiba otaknya teringat yang Hani ada pakai satu beg dibadan dan Martin digendongkan menggunakan beg itu.

Dia mengambil beg itu dan dipakai. Dia lekapkan dibadannya. Dia pasang segala apa kejadah itu untuk memastikan beg itu tidak jatuh.

Martin diangkat dan dimasukkan kedalam beg itu. Nampak muka Si Martin ni seronok bukan main.

" Nanti awak duduk depan, auntie nak buat kerja macam mana? " Zahra pernah melihat kakak saudaranya dalam situasi seperti ini.

Bukan main payahlah dia nak buat kerja memandangkan anaknya dihadapan mukanya.

Zahra mengeluarkan semula Martin dan merubah posisi beg itu dibelakang.

Dia pandang Martin.

" Lah..siapa pula nak letak awak dalam beg ni?  " Zahra menggaruk kepalanya. Seharian dia tidak mandi.

Derapan kaki menyentak lamunan Zahra. Azka yang melangkah mendekati Martin dan mengambil Martin.

" Kau nak buat apa kat budak ni? " suara garau itu membuatkan Zahra tersengih. Lebih kepada menahan malu.

" Ni! " Zahra memusingkan badannya. Azka menjulingkan mata keatas dan meletakkan Martin dalam beg itu.

" Aku nak duduk bawah..kesian pulak kau turun naik. "

" Baik Tuan! Don't worry, rumah Tuan saya dah bersihkan. " Zahra tersengih.

" Aku nak mandi dulu..panaskanlah bubur tu dulu, aku lapar. " Azka berlalu pergi masuk kedalam tandas.

Zahra pula mengambil semua barang-barang mainan Martin dan melangkah keluar.

****
Azka membawa langkah menuju kedapur yang agak riuh. Saat kakinya berhenti dihadapan pintu masuk dapur, kelihatan Martin yang mengekek ketawa sambil menarik rambut Zahra.

" Martin! Sakit! Lepaskan!! " Martin yang digendong dibelakang Zahra menarik-narik rambut Zahra tanpa memperdulikan Zahra yang terjerit-jerit.

Azka mendekati mereka berdua. Melihat sahaja figura Azka. Martin menghulurkan tangan minta diangkat.

Zahra menggosokkan kepalanya. Sakit siot! 

" Kau memang tak pandai jaga budak eh? " Terbuntang mata Zahra. Tak pandai jaga?!

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now