BAB 1

13.3K 753 118
                                    

Dia mengenakan skirt berwarna biru yang dan kembang stoking belang-belang berwarna biru putih dipakai sehingga menutup kakinya. Baju blous warna biru tua yang berlengan panjang dipakai. Blusher disapukan dipipinya. Lipstick matte warna peach dipakai. Rambutnya diikat dua. Kiri dan kanan.

Walaupun agak bercolour penampilannya hari ini tidak mencacatkan mukanya yang sedia cantik. Eyeshadow sengaja dipekatkan. Itulah rutin harian make up Zahra Radhia.

Ramai yang mengelarkan dia Zahra ting-tong ! Tapi apa yang dia kesah ?! Janji hidupnya bahagia. Kawan-kawannya menerima dia seadanya.

Kakinya melangkah mengatur ke tingkat bawah. Pagi-pagi dah dengar ibunya membebel dengan adiknya. Beza umur dia dengan adiknya 2 tahun.

" Apa yang bising sangat ni mak ? " Zahra mengambil tempat disebelah adiknya. Zahra membetulkan cermin mata yang bingkainya besar itu dibetulkan. Maknya yang sedang membelakangi Mereka sambil dok pot pek pot pek !

" Apa yang kau dah buat ? " bisik Zahra. Syafiqah menjulingkan matanya keatas.

" Aku gaduh dengan jiran hujung sana.." bulat mata Zahra. Dia menjeling tajam. Geram sungguh dia dengan adiknya yang selalu bergaduh dengan jiran rumah mereka.

Dia tidak kisah mana pun sebenarnya, sebab dia tahu adiknya tak akan bergaduh dengan orang lain melainkan orang itu terlebih dahulu mulakan.

" Kamu tu Syah, kalau dah tak boleh nak kawal marah kamu tu, elok kamu duduk jelah dekat hutan sana..bior kan kamu merasa acana duduk sengsorang..mati kutu ke idok kamu ni.."

" Mak..kalau kutu tu mati, biorkan ler dia mati..belalah lagi sekor.." Zahra dah mengekek ketawa. Adiknya ni sememangnya pandai menjawab.

" Ha kamu tu Zahra ! Kamu ni dah tak de ke baju lain ? Dengan stokin kamu belang-belang..jangan warna-warni sangat Zahra oi..sakit mata orang tengok kamu.." tidak pasal-pasal dia juga yang kena.

" Lah mak, fesyenlah..mak tak tahu fesyen tau ! "

" Humph ! Otak kamulah, mak ni bukak butik, tahulah apa yang orang pakai.. baju kamu ni ketinggalan zaman. " kutuk Puan Hasnah.

Wah ! Sedap mak dia kutuk penampilan dia. Mentang-mentanglah aku suka colour warna-warni, sesedap rasa jelah fesyen aku ketinggalan zaman.

" Dahlah mak, makan..jap lagi nak bukak butik lagi..kan hari ini hari customer mak ambik diorang punya baju. " ujar Zahra. Dia memang tahu segala jadual Puan Hasnah.

Walaupun mereka hidup bertiga tanpa ada seorang suami dan seorang ayah, tidak menjadi punca mereka tidak berdikari. Puan Hasnah yang membesarkan kedua-dua anak perempuannya dengan seorang diri langsung tidak mematahkan semangatnya, malahan kedua-dua puterinya inilah semangat untuk dia teruskan hidup.

Zahra dan Syaf membersihkan kawasan butik. Puan Hasnah dari tadi lagi menghilangkan diri dibilik jahitannya.

Eton pembantu Puan Hasnah sedang masukkan baju kedalam plastik. Jam 11 pagi nanti kebanyakkan customer akan datang untuk mengambil tempahan.

Al maklumlah hujung tahun, ramai betul yang buat tempahan untuk majlis kahwin dan kenduri.

Butik HAZS sememangnya antara butik yang paling laris. Ini kerana setiap jahitan Puan Hasnah dan pekerjanya sangat kemas dan menepati citarasa golongan atasan.

Zahra mengemop lantai diluar butik. Eh ! Walapun diluar tapi Puan Hasnah tetap suruh membersihkan kawasan dihadapan. Itulah salah satu pelanggan suka dengan butik mereka. Kemas dan bersih.

" hey kamu, si gadis baju purple..heyaaii.." terbongkok-bongkok jugalah dia membersihkan lantai diluar. Senang hatinya !

Datang pula, seorang lelaki yang berjalan diatas lantai yang masih belum kering. Bulat mata Zahra melihat kesan tapak kasut lelaki itu. Dia ingat ni balai seni ke nak tinggalkan cop-cop tapak kasut.

Zahra memandang geram dengan lelaki itu. Lelaki itu sedang menjawab panggilan telefon.

Hampir dua minit berlalu, lelaki itu mematikan talian. Baru sahaja dia ingin meneruskan langkah, Zahra menepuk bahunya.

" Hey cik abang ! Tak nampak ke saya tengah bersihkan lantai ni ? Sesedap rasa je tinggalkan kesan hitam dekat situ eh ! " dengan nada geram dia sound lelaki itu.

" Dah jalan kat sini.. kau nak suruh aku jalan kat mana ?! " Lelaki itu menjeling tajam memandang Zahra. Dahlah bercolour. Dengan cermin mata besar. Eyeshadow pekat! Perempuan apa ni?! Alien ke?!

" Habis tu, tak akanlah kasut awak tu sikit pun tak boleh cium jalan kat sana ? Mesti ke lantai yang saya dah mop ni ? Tak nampak saya tengah mop lantai ?! " Heh ! Geram pulak Zahra dengan lelaki ini.

Lelaki itu memandang Zahra dengan wajah yang bengis ! Zahra mula menelan air liur. Tajamnya mata lelaki itu menikam wajah Zahra.

Adik-beradik Atta Halilintar ke mamat kat depan aku ni ?

Dengan headband yang berwarna hitam, cermin mata hitamnya, kulit yang tak berapa putih, tapi dalam golongan berkulit putih. Rambutnya yang kerinting. Bukan kerinting yang serabut tu, tapi kerinting yang cantik. Eheh ! Rambut dia warna brownlah.

" Ambik ni ! " Zahra menghulurkan mop. Lelaki itu memandang pelik.

" Kau nak suruh aku buat apa dengan mop ni ?! Lap eyeshadow kau ?! " Dia memandang Zahra dengan pandangan tajam.

" Awak mop balik lantai yang ada tapak kasut awak tu ! " Zahra menolak batang mop ketubuh lelaki itu.

Lelaki itu memandang tajam kearah Zahra.  Rahangngaya bergerak-gerak.

Kasar sahaja lelaki itu mencapai dan mengemop lantai yang ada cop tapak kasutnya.

" Puas hati kau?! " lelaki itu menjeling tajam. Zahra hanya menggangguk, mengiyakan. Puas!!

" Tuan Muda ! " Zahra mencari suara yang memanggil Tuan Muda. Tuan Muda ?

Syafiq termegah-megah mendekati Tuan muda.

" Kereta dah boleh start! " Tuan Muda hanya menggangguk dan meninggalkan Zahra.

Sempat dia memandang Zahra atas bawah dan melemparkan senyuman sinis!

Zahra turut memandang dirinya. Apa yang tak kena? Baju aku tak seksi pun. Dasar lelaki gatal!

" Uhmp! Mata tu kalau nak dah boleh scan dalam baju, memang dah lama dia scan agaknya! Aku tahulah aku cantik! Huh! " bebel Zahra.

" Agaknya orang kaya memang macam tu lagaknya! Pantang tengok perempuan, mesti nak tenung-tenung banyak kali. Ingat aku heran sangat ke?! "

Zahra melangkah masuk. Terlebih jauh dia berfikir. Sedangkan orang yang tengok dia pun belum tentu tahu sama ada dia manusia atau Alien.



CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now