BAB 8

7.3K 528 14
                                    

Zahra terlopong melihat bangunan yang tinggi itu. Orang lalu lalang memandangnya diabaikan. Bangunan tinggi itu lebih menarik minatnya.

Dia melangkah masuk kedalam BRYANS SDN.BHD. Dia memasuki perkarangan hall Bryans. Boleh dikatakan besar Bryans hall ni.

Matanya melihat beberapa orang yang sibuk kehulu kehilir dengan catatan serta kertas-kertas ditangan.

Zahra melangkah kekaunter pertanyaan. Seorang lelaki yang menyambutnya dengan senyuman yang manis. Tertera ditag nama lelaki itu Faiz.

" Selamat datang ke Bryans Company..boleh saya bantu Cik? " Zahra mengeluarkan sekeping kad lalu memberikan kepada Faiz.

" Semalam saya ada berhutang dengan orang yang bagi kad ni, dia suruh saya datang ke office dia untuk langsaikan hutang dia. " cerita Zahra.

Faiz membelek kad itu, matanya terarah pada satu nama. TUAN AZKA ATIF.

Gulp!

Faiz menelan air liur. Wajah Zahra dipandang. Nampak gadis ini seorang yang lurus. Tengok sahaja penampilannya.

" Err..Tuan Muda sekarang ni dia.. "

" Jangan sampai aku buang korang semua!! " Semua mata terarah pada seorang lelaki yang berjalan laju menuju kepintu lift.

Beberapa kelompak yang terdiri daripada lelaki dan perempuan laju mengejar langkah Azka. Tangan yang penuh dengan kertas dan fail menuruti langkah Azka.

Zahra kembali mengalihkan pandangan kearah Faiz.

" Dia tulah yang suruh saya jumpa dia hari ni.. " Jawab Zahra sambil tersengih.

Faiz menggaruk pelipisnya. Dalam pada itu, mata Faiz menangkap figura seseorang yang berjalan perlahan menuju ke lift.

" Sekejap eh cik.. " Belum pun Zahra menoleh kebelakang, telefonnya berdering. Alamak!

" Hello mak.. " Zahra lega apabila mak dia menanyakan tentang kain yang dikumpulkan. Mujur tidak tanya keberadaannya sekarang.

Zahra mematikan panggilan. Bahunya yang dicuit membuatkan dia menoleh kebelakang.

" Kau?! " Mata Zahra membulat. Mulutnya terlopong.

Leo yang memandang Zahra dengan pandangan yang tajam. Zahra hanya menggaruk keningnya.

" Err...hai. " Sapa Zahra. Leo mengeluh perlahan.

" Ha..kau datang sini untuk apa? "

" Err..saya.. " Zahra tergagap.

" Dia kena selesaikan hutang dengan Tuan Muda. " jawab Faiz.

" Hutang?! Kau hutang dengan Azka?! " Leo terkejut. Zahra tersengih.

" Saya tinggalkan cik dengan Encik Leo ye..nanti Encik Leo yang bawakan cik berjumpa dengan Tuan Muda. " Zahra menganggukkan kepalanya.

Leo memerhatikan Zahra dari atas sampai bawah.

" Kau memang suka pakai macam ni ke? " Zahra membuntuti langkah Leo.

" Haah..cantikkan? Baru hidup kita ceria. " Leo tersenyum senget. Cerialah sangat.

" Kau kata nak ganti kereta boss aku. " Zahra tersengih lagi.

" Err..bos awak tu nanti-nanti boleh? Sebab saya datang sini pun nak bincang dengan lelaki tu pasal hutang saya. " Leo berdengus perlahan.

Nasib kaulah kejap lagi dungu!

Sampai sahaja ditingkat 8, Leo dan Zahra melangkah keluar.

Suasana ditingkat itu kelihatan sangat huru hara. Ada yang jawab telefon sambil menulis. Ada yang fokus pada skrin komputer, ada yang kehulu kehilir bawa kertas.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now