BAB 67

6.4K 445 56
                                    

" Saya boyfriend dia. Kenapa makcik? Ada masalah ke? " Suara garau mencelah.

Terpusing kepala Mak ngah apabila disergah dari belakang.

" Boyfriend?! Baguslah kamu tu datang! Tahulah kami ni yang si Zahra ni laku! Ini adik esok bertunang, yang kakaknya belum lagi bertunang. Jangan sampai jadi anak dara tua. " Lancang sahaja mulut tua itu berkata.

Kitten yang mendengarnya menjadi panas. Gila! Terasa kot!

" Lah makcik! Apa salahnya jadi anak dara tua? Bukannya tak laku, cuma itulah..banyak yang dah jadi laki orang. " Bersahaja riak wajah Kitten mendekati meja makan.

" Entahlah makcik ni, kalau jadi anak dara tua, lambat sikit menjandanya. Betul tak nenek? " Mimo pula menyampuk.

" Betullah apa yang kamu semua cakap. Nanti jadi macam mak ngah ni, laki disondol oleh anak dara tua lah! " Tambah Nenek.

Semua melepaskan ketawa. Mak ngah menjuihkan bibir. Maknya ini sama sahaja dengan orang-orang bandar!

" Beri laluan ye mak ngah, Zahra nak jemput diorang semua makan. Mak ngah pergilah tolong mak kat bawah. "

Mak ngah menghentak kaki turun kebawah. Hatinya sebal dengan Zahra dan kawan-kawan.

Ami pula masih lagi mengekek ketawa disebelah Azka.

Zahra mengalihkan pandangan pada Azka yang membetulkan rambut.

" Tuan, jemputlah makan. "

Mereka semua melabuhkan punggung dimeja makan. Mereka sudah pun kecur air liur melihat masakan kampung yang terhidang diatas meja.

Ada masak lemak putih labu, ada kubis goreng, ada ikan sembilang goreng berlada, ada ulam. Kacang botol dan sambal petai.

Kitten sudah menyendok nasi kedalam pinggan. Begitu juga Mimo dan Nuna.

Suapan pertama menjadi kepada suapan kedua dan seterusnya.

Azka dengan tenang, mengunyah nasi. Ikan sembilang dikopek dan digaulkan dengan nasi.

" Tuan, makanlah sambal petai ni, mak yang masakkan. " Zahra mendekatkan sambal petai kepinggan Azka.

" Tak nak! Petai tu busuk! " Azka menolak kembali sambal petai jauh dari dia.

" Sedap weh! " Kitten menyampuk.

" Rugi weh, kau tak makan! " Mimo pulak mencelah.

Krap! Krup! Krap!

Sudah separuh kacang botol Nuna makan. Sedap dia lain macam.

Zahra tergelak apabila Kitten mula tersedak! Bukan main gelojoh mereka makan.

" Kau ni makan slow-slowlah. Kat rumah orang kan? Jangan jadi gelojoh! " Tegur Azka.

" Weh! Kau kira sekejap, aku last makan makanan macam ni, umur aku 18 tahun. Itu pun aku ikut member aku balik kampung dia. Sekarang ni aku dah 32 tahun! "

Semua senyap. Mengira.

" Lama jugaklah! " Ami menyampuk.

" Ha! Tahu pun! So, aku nak makan..jangan kacau! Nanti aku tembak kepala kau! " Kitten meneruskan suapannya.

Ami terus membisukan dirinya. Bukan dia tidak tahu siapa mereka itu semua.

****

Semua sudah pun pulang kerumah. Jarak rumah saudara mara Zahra tidaklah jauh mana. Jalan kaki sahaja sudah sampai.

Puan Has melabuhkan punggung disebelah Zahra yang menjahit baju.

" Mak tak tahu pun kamu berkawan dengan adik Cik Kitten. "

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now