BAB 49

6.8K 474 64
                                    

Zahra menundukkan wajah apabila dia menerima jelingan dan pandangan maut dari dua wanita yang sebaya dengan maknya.

Kitten, Mimo dan Nuna menyapa mesra Zahra yang mengikuti langkah Azka. Didalam bilik yang menempatkan beberapa buah kerusi dan sebuah meja besar yang dikelilingi dengan pemilihan colour gold and black.

Sama colour dengan bilik Tok Ma tapi bilik ini lebih kepada bilik pembentangan. Tok Ma menghadiahkan senyuman manis pada Zahra.

Hayders dan Etnas turut sama berada didalam perjumpaa. Dato Fendi mengarahkan beberapa orang menjaga pintu diluar.

" Why kena ada orang luar? " soal Auntie Lisa tiba-tiba.

Safwan menghalang kata maknya. Dia mengangkat kepala lalu mengukirkan senyuman pada Zahra.

" Hai Zahra..lama tak jumpa Zahra. " Zahra terdiam. Didalam bilik itu semua terdiam. Hayders saling berpandangan. Kitten, Mimo dan Nuna merenung tajam pada Safwan.

Tak tahu malukah Safwan dengan apa yang dia dah lakukan pada Zahra? Azka dan Leo membiarkan sahaja situasi tegang itu.

Tok Ma meminta Dato Fendi membuka layar skrin untuk berbincang.

" Kita dapat khabar perjumpaan mayat Dato Kamal. " Semua terdiam.

Patutlah rasa macam ada orang kurang dalam bilik mesyuarat.

" Mayat dia dimasukkan kedalam beg. Dan dicampak kedalam tong sampah. " Terang Dato Fendi.

Safwan beriak biasa. Nuna dan Mimo saling berbisik antara satu sama lain. Azka menongkat dagu memandang layar skrin dihadapannya.

" Tuan Muda, tolong siasat. Ini kerja orang luar rasanya. " Azka merenung Dato Fendi.

" Kalau orang luar, mayat tu dia bakar dan hantar depan rumah. " Sedatar sahaja nada Azka.

Safwan diam. Soraya mengganguk mengiyakan dan begitu dengan yang lain.

Azka menyandar selesa pada kerusi yang dia duduk. Tok Ma meneliti setiap apa yang terkeluar dari cucunya itu.

" Dato Kamal dia buka business atas nama Mation. Tapi dia sebagai orang paling penting dengan Hayers. Dia bukannya orang Mation. " Tambah Azka.

Safwan terkejut. Patutlah Dato Kamal kata dia tak ada kena mengena. Kenapa dia baru tahu?!

" Bodoh ke Hayers nak bunuh orang penting macam Dato Kamal? Yang bunuh Dato Kamal ni orang dia tak ada otak. " Kata Azka selamba.

Zahra terpegun dengan Azka yang santai menerangkan kronologi pembunuhan Dato Kamal.

" So Tuan Muda, you nak kata yang orang Mationlah bunuh Dato Kamal? " Auntie Jo mencelah.

" Tak juga. Tapi, kita tengok jelah..siapa musuh Dato Kamal? Tak ada. Melainkan ada orang bunuh dia sebab kuasa. " Azka menjulingkan mata keatas. Benda mudah pun tak boleh nak fikir.

Safwan terdiam.

" Hah! You semua benda nak salahkan orang Mation. Hari tu kata ada orang dalam Mation tali barutlah apalah. Sekarang ni Dato Kamal mati pun you nak tuduh Mation? You ni orang Mation ke musuh Mation?! " Celah Auntie Lisa.

Semuanya ditolak mentah oleh Azka. Semua benda bukan salah musuh. Dia tetap nak salahkan orang-orang dalam Mation.

" Err..boleh saya sampuk? " Zahra angkat tangan.

Semua mata menolehnya pelik. Tok Ma tersenyum melihat Zahra.

" Kenapa Zahra? " Tok Ma memberikan keizinan pada Zahra.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now