BAB 26

7.2K 448 13
                                    

Zahra menjengketkan kakinya kedalam butik HAZS. Sudah lama dia tidak datang kesini. Perlahan-lahan dia menapak ke dalam bilik jahitan dan telinganya menangkap perbualan antara maknya dengan kawan maknya. Auntie Arfah.

" Kau bincanglah dengan Zahra, Has..aku dah lama berkenan dengan dia. Lagipun Fahim memang suka kat dia dari dulu lagi."

Zahra terdiam. Tak jadi dia nak sergah mak dia.

" Aku bukannya apa Pah..Zahra tu selenga. Dia tu kelam kabut. Aku pun memang berkenan dengan si Fahim tu. Cuma, Zahra tu bukan macam yang korang anggap. " Suara maknya menjawab perlahan namun masih lagi dapat didengar.

" Fahim tak kisah Has, dia tahu Zahra macam tu. Dari Zahra sambung belajar sampailah Zahra habis degree. Dia memang menunggu Zahra.."

Hati Zahra berdebar. Dia kenal siapa Fahim. Budak yang semasa zaman kecil suka membulinya.

Tapi selepas naik tingkatan 5, Fahim meminta maaf lalu berkawan dengannya. Tidak sangka Fahim mempunyai perasaan terhadapnya.

" Aku yang macam ni pun ada orang suka? Huish! Cinta buta ke ni? " Gumam Zahra perlahan.

" Eh! Zahra?! " Pembantu Puan Has secara tiba-tiba menerjah Zahra yang tertinjau-tinjau dipintu bilik jahitan maknya.

Terhinjut bahu Zahra mendengar suara Eton yang muncul entah dari mana.

" Zahra kemana? Dah lama betul Zahra tak datang sini.." Zahra tersengih.

" Zahra dah start kerjalah..busy. Sebab tu dah lama tak datang sini. "

" Oh yeke? Kerja mana? " Zahra menggaruk tengkuknya. Banyak pula soalan si Eton ni.

" Err.."

Tiba-tiba pintu bilik jahitan Puan Has dibuka. Zahra yang bersandar dipintu itu jatuh tergolek dihadapan dua wanita yang terkejut melihat dia.

" Ya Allah.. Zahra?! " Puan Has terkejut melihat anaknya yang tersengih dihadapan kakinya.

" Hai mak..hai auntie.." Sapa Zahra mesra.

" Bertuah punya budak! " Puan Has menarik telinga Zahra.

" Punyalah lama kamu tak balik Zahra, tiba-tiba muncul! " Terjongket-jongket Zahra mengikut piatan Puan Has.

" Auww!! Sakitlah mak.. " Auntie Arfah hanya tersenyum menggelengkan kepala.

" Dah berapa lama tak balik? Dah nak dekat sebulan tau! "

" Alaa..baru dua minggu. Zahra kerjalah mak.." Adu Zahra. Mereka bertiga melangkah sehingga ketengah-tengah butik.

" Lama tak nampak Zahra..nanti datanglah rumah auntie. Si Fahim selalu tanya Zahra dah balik ke belum.." Zahra tersedak!

Puan Hasnah mengerutkan dahi. Ada apa-apa ke anak daranya yang seorang ini?

" Err..nanti Zahra ada cuti Zahra datang okay.." Auntie Arfah menganggukkan kepala.

" Okaylah Has, aku minta diri dululah.."

Puan Has dan Auntie Arfah membawa langkah kepintu masuk.

Zahra membawa langkah masuk kedalam bilik jahitan maknya. Buku sketch dikeluarkan lalu dia mengoyakkan sehelai kertas yang sudah pun siap dilakarkan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now