BAB 60

7.4K 472 21
                                    

Leo dan Ayyan sudah siap dengan suit hitam mereka. Misi ini adalah misi yang paling senang setakat ini.

Azka mengarahkan mereka berdua untuk menjalankan misi ini kerana mereka berdua kena langsaikan denda ataupun hukuman mereka.

" Ini punca kaulah ni Yan! Kalau tak, aku dah selamat tau. " Jelingan maut Leo menambahkan lagi ketawa Ayyan.

" Aku tidur kena ada bantal peluk. Tengok pula si strok tu tidur punya nyenyak sambil peluk fon dia, aku pun tidurlah dekat sebelah dia. Dan terpeluk si Azka. " Azka mengenakan hukuman keatas Ayyan kerana Ayyan peluk Azka semasa tidur ketika di Brazil.

Leo pula didenda kerana menghabiskan kuaci yang Azka bawa dari Malaysia. Ini semua salah Ayyan.

" Dah siap? " Suara garau itu menghentikan mulut Leo dari merungut.

" Dah.. " Jawab Leo malas.

" Malam ni, peperangan kita dengan Goshua. Tapi sebelum aku nak berperang. Bawakan ubat semangat aku. Jangan usik langsung ubat aku! Kau bawa je barang tu kat sini. " Ujar Azka.

" Oraite! Lagi-lagi? Ubat kau tu dekat mana? Bangunan Goshua ke? " Ayyan menyelitkan pistol dipinggangnya.

" Misi ni bermula di... " Leo dan Ayyan mendengar dengan teliti. Masing-masing mendengar setiap arahan Azka.

****
Zahra menghantar kereta Ami dengan pandangan yang sayu. Ikutkan hati dia nak tenangkan diri dikampung.

Tapi mengenangkan dia masih lagi bekerja dengan Azka, dia tidak boleh mengambil cuti sesuka hati.

Dia membaringkan tubuhnya diatas sofa. Rongga hidungnya sudah dipenuhi dengan bau minyak angin.

Dia melelapkan mata untuk cuba melupakan rasa sakitnya senggugut. Zahra melengkungkan badannya untuk memberi keselesaan. Tapi, dah nama pun senggugut memang tak akan ada selesanya.

****

Zahra terjaga apabila dia mendengar tapak kaki berjalan. Dia membuka mata perlahan. Namun tiada apa-apa.

Peluh dileher dilap perlahan. Akibat menahan rasa sakitnya senggugut sampai berpeluh-peluh dia.

Bunyi seperti orang berbisik-bisik dibahagian dapur. Zahra mengerutkan keningnya.

Dia cuba berjalan perlahan menuju kedapur. Kosong!

Zahra meninjau tingkap dapurnya. Dan pintu dapurnya terbuka luas.

" Lah..Syaf tak tutup ke pintu ni? " Zahra menutup pintu dapur.

Seperti orang berpantang dah cara dia berjalan. Dia mengambil gelas kosong dan air panas ditekan.

Dia minum perlahan-lahan. Terasa air panas itu memenuhi perutnya. Berharap sangat sakit itu berlalu pergi.

Baru sahaja dia ingin berpaling, tiba-tiba muka dia telah diserkup dengan kain hitam.

Zahra meronta-ronta. Tapi pegangan orang itu makin lama, makin kuat.

" Tolong!! " Jerit Zahra.

Namun dia terhidu satu bau yang membuatkan dia khayal. Dia terasa tubuhnya berada diawangan. Perlahan-lahan mata itu terkatup.

Akhirnya Zahra tidak sedarkan diri.

****

Ain mendekati Hafiz yang menunggunya diluar rumah. Dia menayang senyum pada Hafiz.

" Sorry, lama ke tunggu aku? " Ain berjalan mengiringi langkah Hafiz.

" Taklah, lagipun aku bosanlah duduk rumah. Apa mimpi kau ajak aku keluar? " Pelik juga dia apabila Ain mengajak dia temankan Ain beli barang.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now