BAB 47

6.9K 462 73
                                    

Puan Hasnah mengerutkan dahi apabila melihat kedua-dua orang anaknya menyiku antara satu sama lain.

" Yang kamu berdua siku-siku ni dah kenapa? "

" Err..macam ni mak. Ada kawan Syaf ni, dia nak kahwin. Tapi dia takut nak bagitahu mak dia. " Ujar Syaf. Mata Zahra yang terbuntang diabaikan.

" Lah, kenapa kawan Syaf takut pula. Bagitahu jelah yang dia nak kahwin. Bukan susah pun. Mak nak kahwin. " Seperti guru dan murid gaya Puan Has.

" Siapa nama kawan kamu tu Syaf? "

Syaf yang dari tadi terkulat-kulat cuba beranikan diri bertentangan mata dengan Puan Has.

" Err..Syafiqah mak. " Jawab Syaf pendek.

" Lah, sama nama dengan kamu. Siapa maknya? Mak kenal ke? "

" Kenal. Hasnah. " Zahra sudah meneguk air liur.

" Eh! Sama nama dengan mak. " Puan Hasnah teruja apabila secara tidak langsung namanya sama dengan nama mak kawan Syafiqah.

" Mak dia kerja apa. Pernah jumpa mak dia ke sebelum ni? "

" Mak tak pernah tengok dia. Mak dia bukak butik. "

" Lah! Yeke?! Maknanya mak dia ada butiklah. Kenapalah mak tak perasan selama ni ada orang nama sama macam mak. Kerja pun sama. "

Zahra dan Syaf saling balas membalas isyarat mata. Maknya masih lagi tidak dapat menangkap apa yang Syaf cuba sampaikan.

" Apa nama butik mak dia?! " Puan Has memandang silih berganti wajah anak-anaknya.

" Butik HAZS. " Puan Has menganggukkan kepala.

" Samalah macam butik kita. Serupa betul." Puan Has baru sahaja ingin menyambung kerja, otak dia menangkap sesuatu.

" Tadi Syaf kata kawan Syaf nama Syafiqah. Syaf pun nama Syafiqah. Mak si Syafiqah tu nama Hasnah, sama dengan mak. Mak si Syafiqah tu bukak butik. Pun sama dengan butik ni. "

Syaf menggenggam hujung bajunya. Hati usah cakaplah kalau dah boleh meletop, rasanya mereka tak selama sekarang ni.

" Err..mak.. "

" Syafiqah!! Kamu ke yang nak kahwin ni?! " Syaf meneguk air liur. Zahra sudah cuak.

Matilah dia malam ni!

****

" HAHAHAHA! " Azka berdekah ketawa apabila mendengar cerita Zahra.

" Eh?! Kenapa Tuan nak gelak pula? Tak kelakar okay! " Zahra menarik muka cemberut. Dia cerita bukan untuk diketawakan.

" Bukan. Aku gelak sebab kau pun kena sekeh kepala dengan mak kau. Kelakar gila! "

" Kelakar gila! Huh! " Zahra mengejek cara Azka berkata.

" Yang kau nak panas hati sangat ni apahal? "

" Yelah..adik sibuk nak kahwin. Saya ni? Dengan saya sekali tau kena bebel dengan mak saya! Sebab tak ada calon lagi. "

" Dah memang kau tu tak ada siapa yang nak. " Azka menjulingkan mata keatas.

" Bukan macam tu! Lagipun calon memang dah ada. Tapi saya tak sukalah. "

" Siapa? " Laju sahaja Azka respon.

" Siapa lagi kalau bukan si Fahim tu. Mak saya suruh je terima si Fahim tu. "

Azka terdiam. Lagi-lagi Fahim.

" Tuan.." Zahra merenung Azka yang tenang memandu.

" Hm.." Sekata dan tanpa menoleh kearah Zahra.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang