BAB 39

6.8K 446 33
                                    

Sampai sahaja mereka dihalaman Mation, kelihatan ramai mayat yang bergelimpangan diluar halaman.

Azka, Kitten dan Leo berlari masuk kedalam Mation. Zahra masih diluar memandang sekeliling yang telah pun penuh dengan darah.

Kepala lututnya sudah menggigil namun dia memaksakan diri untuk masuk kedalam Mation.

Saat berada dipintu masuk Mation, dia melihat Azka mengambil rantai besi dan memukul kepala seorang lelaki yang menunduk dihadapannya.

Zahra menekup mulut terkejut. Kakinya seperti digam dihadapan pintu itu. Azka dikelilingi oleh Kitten, Mimo, Nuna, Leo, Hayders dan Etnas.

" Macam mana kau boleh tertidur jaga pintu depan?!! " Jerkah Azka. Dia mengambil pistol yang terselit dipinggangnya dan melepaskan tembakan tepat mengenai kepala lelaki itu.

Pekerja yang lain menggeletar. Azka mengamuk!

Zahra tergamam. Kitten sedari yang Zahra terkejut dengan tindakan Azka lalu dia berjalan perlahan kearah Zahra.

Azka tidak memperdulikan Zahra dipintu hadapan. Soraya mula mengecilkan mata. Ini siapa? Mana girl Azka hari tu? Tak kan ini orang yang sama?

Safwan menjeling tajam kearah Zahra. Hayders hanya membisukan diri. Tiada masa untuk bermain.

" Mimo! " Mata Azka mula mencerlung tajam pada setiap wajah dihadapannya.

" Kau dapat anjing tu tak? "

" Dapat! Ada tiga orang! Yang lain semua terlepas. " Jawab Mimo.

" Leo! Call Syafiq! Suruh dia bawa balik Zahra. " Arah Azka lalu beredar keruangan lain. Diikuti Safwan dan Hayders.

Mimo dan Nuna segera melangkah mengarahkan pekerja lain uruskan mayat-mayat. Kitten dan Leo mendekati Zahra.

" Zahra tunggu sini sampai Syafiq datang okay..sorry tak dapat keluar makan dengan Zahra. Ada hal pula kami. " Kitten memeluk Zahra.

" Aku dah call Syafiq. Tunggu sini. " Leo dan Kitten melangkah meninggalkan Zahra.

Soraya mendekati Zahra dan memandang Zahra atas bawah.

" Kau Zahra dan Rara? " Wajah polos itu dipandang pelik.

Zahra terdiam. Dia membalas renungan Soraya.

" Tak sangka! Datang sebagai badut, dan tiba-tiba boleh jadi cinderella hari tu. " Ujar Soraya sinis.

" By the way, I Soraya. " Soraya menghulur sekeping kad kecil. Zahra mencapai.

" Hujung minggu ni keluar dengan I, ada benda I nak cakap dekat you. " Belum pun Zahra beri kata putus, Soraya berlalu pergi.

****

Azka menghentak meja. Semua orang terkejut. Auntie Jo, Auntie Lisa, Luna, Robert dan ahli Mation yang lain.

" Untuk pengetahuan korang semua. Aku dah bunuh Tuan Ghani. " Pengakuan Azka mengejut semua orang yang berada disitu kecuali ahli Bryans, Hayders dan Soraya.

" Kau memang gila eh?! Yang pergi bunuh orang penting Mation kenapa?! Tak ada otak ke kau ni?! " Jerkah Auntie Jo.

Danish dan Ayyan menjuling mata keatas dengan kelakuan mommynya.

" Jo! Boleh duduk tak? Kita dengar apa yang Tuan Muda nak cakap! " Sampuk Dato Fendi.

Dato Fendi adalah orang kanan Tok Ma, merangkap orang kanan arwah datuk mereka.

Auntie Jo menghenyak punggung kasar dan mata tajamnya menikam wajah Azka yang bengis.

" Aku akan pastikan, orang yang khianat Mation, yang tipu Mation akan dapat nasib yang sama dengan Tuan Ghani. "

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now