BAB 30

7.8K 464 46
                                    

Kitten menepuk-nepuk tangannya. Mimo dan Nuna hanya menggelengkan kepala. Luna dan Robert ketawa melihat keterujaan Kitten.

"  Kita pujuk Azka ikut kita sekali. Mesti seronok! " Ujar Nuna.

" Siapa nak pujuk? "

Sama-sama memandang antara satu sama lain. Dan mata mereka menoleh kearah Leo yang sedang menyuap kek coklat kedalam mulutnya.

" Apa? "

****

" Fun fair?!! Gila ke kau? Dah tua nak mati pun sibuk nak ke fun fair. " Dengus Azka kasar.

" Fun fair?! Zahra nak ikut!! " Zahra menepuk-nepuk tangan tanda suka.

Azka menjeling kearah Zahra yang terlompat-lompat.

" See..ramai yang nak pergi. Jomlah Azka, sekali sekala kita enjoy.." tambah Leo lagi.

" Hah! Malas aku..korang pergilah. Aku ada banyak lagi benda nak kena buat dari pergi fun fair. " Tolak Azka.

Leo mula kehabisan idea.

" Alaa..Tuan. Jomlah! Saya nak naik Top Gun. " Zahra menarik hujung lengan baju t-shir Azka.

" Kau duduk dengan aku! Kalau diorang nak pergi, biarkan diorang pergi. " Muka dingin Azka masih tidak berubah.

Leo dan Zahra mengaruk pelipis. Leo mencuit Zahra untuk keruangan dapur.

" Kau cubalah pujuk Azka. Kalau kau dapat pujuk, aku belanja kau gula-gula kapas dekat fun fair nanti. " Bisik Leo.

" Macam susahlah Leo.. Tadi pun dia dah tolak mentah-mentah, inikan pula Zahra yang pujuk. "

" Cuba je pujuk. Kalau tak berjaya, kau goda je dia. " Selamba sahaja si Leo ni.

Zahra terdiam.

" Aku gurau je..kau pujuklah sampai dapat."

****

" Tuan nak apa-apa lagi? " Puas juga dia kehulu kehilir untuk membantu Azka ambil itu ini.

Azka pula pelik dengan kerajinan dan tiada sebarang bantahan dari Zahra.

" Tak ada apa dah..kau duduklah, sambung lukisan kau."

Zahra melabuhkan punggungnya dilantai yang dihamparkan dengan sehelai permaidani yang memang lembut berwarna kelabu.

Azka yang duduk diatas kusyen dan mata fokus pada laptop. Zahra mendekatkan dirinya ke kaki Azka.

Sehinggakan bahu Zahra berlaga-laga dengan kaki Azka. Azka masih lagi sama, menghadap laptop.

" Tuan~..." Suara Zahra lembut mendayu-dayu memanggil Azka.

" Hmm.." suara garau itu menyahut dengan mendatar.

" Boleh tak kita ikut diorang pergi fun.. "

" No! " Laju sahaja Azka memintas kata Zahra.

" Alaa Tuan..kenapa? "

" Aku tak suka tempat macam tu..semak! "

" Alaa..sekali je Tuan..lepas kita dah habis main, kita baliklah.." pujuk Zahra.

" Habis main kau ingat aku nak duduk situ! Belum main lagi pun aku tak nak, inikan dah habis main! "

Zahra menarik muncung. Nak gula-gula kapas!

Melihatkan Zahra terdiam, Azka meneruskan lagi kerjanya.

Zahra masih lagi mendiamkan diri. Perlahan-lahan Zahra berdiri dan ingin berlalu pergi, namun laju sahaja tangannya dicapai Azka.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now