BAB 42

6.9K 444 63
                                    

Zahra menyarungkan Blazer ditubuh Azka. Dimulut Azka tersepit dengan sekeping roti. Mereka berdua telajak tidur.

Ini semua salah Zahra. Sibuk nak tengok cerita hantu sampai tak tidur Azka dibuatnya.

" Lepas ni kau sibuk nak tengok cerita hantu, jangan ajak aku! Tengok, aku dah lambat nak pergi kerja. " Azka mengunyah roti sambil menjeling tajam kearah Zahra.

" Sorry Tuan. Saya teringin nak tengok cerita hantu tu.." Zahra kelam kabut mencapai briefcase Azka.

Leo menggeleng kepala sahaja melihat telatah mereka berdua. Mujurlah dia datang, kalau tak Azka mesti terlepas meeting hari ini.

" Zahra stoking aku! " Zahra berlari mengambil stoking yang disusun dalam laci almari kasut.

" Nah Tuan.."

Azka menyarung stoking dan kasut. Dia melangkah laju kearah Leo yang sudah siap menunggunya.

Zahra membuntuti langkah Azka. Dia berkaki ayam. Tak sempat nak pakai stoking belangnya.

Kereta bergerak perlahan. Azka mengerling kearah Zahra yang menyarung stoking hitam belang kuning.

" Aku hantar kau kat butik mak kau. Petang aku ambik. Kau tolonglah mak kau kat butik. Hari ni aku busy..ada 5 meeting yang aku kena masuk. " Suara garau itu berkata dengan nada mendatar.

" Yeke Tuan?! Yes! Bolehlah saya ajak Ami dengan Ain datang kedai.."

Azka tergamam. Ain? Leo menjeling kearah cermin sisi atas. Nampak riak muka Azka berubah.

" Sukahati kau. "

Sampai sahaja depan butik HAZS, laju sahaja Zahra buka pintu. Tidak sabar untuk peluk maknya.

" Hoi! " Azka menjengulkan kepalanya keluar tingkap. Langkah Zahra terhenti lalu dia memusingkan kepala menghadap Azka.

" Ambik ni. " Azka menghulur beberapa keping not 100 kepada Zahra.

" Eh?! Bukan hari tu dah dapat gaji ke? "

" Tu gaji..ni aku belanja. " Zahra merenung duit ditangan Azka.

" Tak apalah Tuan..duit saya ada lagi. " Zahra menggaruk kepalanya. Apa kena dengan Tuan dia ni?

" Ambik jelah! Kau nak aku tembak kepala kau baru nak ambik? " Azka merenung Zahra tajam.

" Lah..kalau Tuan tembak kepala saya, dah sah-sah saya mati dan duit Tuan pun saya tak sempat sentuh. Apalah Tuan ni. " Jawab Zahra lurus.

Leo menghamburkan ketawa mendengar jawapan Zahra lurus.

" Kau jangan sampai aku turun cium mulut purple kau tu, baru kau tahu nak ambik! " Jerkah Azka.

Zahra mengambil duit ditangan Azka. Dia menekup mulutnya. Tak sanggup dia bila bibirnya disentuh dihadapan khalayak ramai.

" Terima kasih Tuan.." Zahra menyeringai.

Azka menutup tingkap apabila Zahra menyeringai. Tak kuasa nak tengok Zahra tersengih-sengih macam kerang busuk!

Nampak diluar tingkap Zahra mengomel apa entah. Zahra berlalu masuk kedalam butik maknya.

Leo meneruskan jalan menuju ke Bryans SDN. BHD. Matanya perasan bibir Azka terukir senyum nipis selepas menutup cermin tingkap.

" Kau tak tengok dia ke? " Mendengar sahaja perkataan dia, mata bundar Azka bertukar tajam menikam Leo dihadapan.

" Aku dah cakap! Jangan tuntut hak apa-apa kat aku. Aku dengan dia atas kertas sahaja. " Tegas dan keras suara Azka.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now