BAB 70

7.5K 516 57
                                    

Zahra baring terlentang diatas katil. Cool fever sudah ditampalkan diatas dahinya. Air 100 plus setia menemani tekaknya. Panadol sudah pun ditelan. Bubur hanya ditelan setengah sudu sahaja.

Mulutnya pecah dan pipinya terasa bengkak. Syaf jatuh simpati pada nasib Zahra. Dia sudah tahu cerita semuanya dari Zahra.

Sampai sahaja dirumah, kakaknya duduk dalam keadaan gelap gelita. Nasib baik maknya tak tahu. Kalau orang tua itu tahu, mesti maknya sudah buat report.

Zahra menyuruhnya untuk tutup mulut. Zahra kata ini memang salah Zahra sebab Zahra yang buat rancangan untuk jatuhkan Bryans.

Tapi dia tahu, kakaknya bukan macam tu. Dia tahu Zahra menipu. Telinga Syaf masih mendengar esakan Zahra.

" Aku dah buat yang terbaik Syaf! Aku buat semua tu bersebab! Aku nak diorang berbaik. Aku sanggup tolak tanggungjawab aku untuk bantu mak! Semata-mata nak settlekan urusan family diorang. Tapi ini yang aku dapat. " Teresak-esak kakaknya menangis.

Syaf sedih melihat keadaan Zahra. Zahra demam! Selera makan pun tak ada. Dia memeluk Zahra dan cuba memujuk Zahra.

" Dahlah Zahra..kau tak salah pun. "

" Syaf! Aku memanglah sengal Syaf, tapi aku tak jahat macam yang diorang fikir. Aku tahu, aku ni diperbodohkan tapi aku tetap nak tolong diorang walaupun awal-awal lagi aku dah kena hina dengan diorang. Penat-penat aku plan dengan Shah, jadi macam ni. Aku sanggup bahayakan nyawa aku jumpa dengan Shah. Tapi diorang salah sangka. " Tambah Zahra lagi.

Dengan siapa dia nak meluah? Selama beberapa bulan dia menelan pahit. Setiap kali keluar mesti ada orang menghina dia. Mesti ada orang mengutuk dia.

Hatinya sudah penat! Sakit! Luaran orang lain semua ingatkan dia badut! Ketawa tanpa ada perasaan sedih. Tapi hakikatnya, hatinya lebih sakit dari orang lain fikirkan.

" Sampai hati Tuan buat macam ni.. " Rintih Zahra sambil memecit kepalanya yang berdenyut.

****
Ain melihat Azka yang membelakanginya. Dia bahagia. Selepas sahaja majlis tadi, Azka meninggalkan dia melayan tetamu seorang diri.

Azka sudah pun menjadi presiden Mation. Dan dia pula sudah bergelar Puan Muda. Dia perasan sejak dari semalam Azka dan kakak-kakak iparnya mengelak dari bertembung antara satu sama lain.

Kitten langsung tak hadirkan diri dimajlis hari ini. Semuanya sunyi sepi. Setahu Ain mereka semuanya adalah kawan, sepupu dan adik beradik yang penuh dengan keceriaan.

" Atif.. " Bahu Azka disentuh. Azka diam!

Ain cuba beranikan diri memeluk Azka dari belakang namun Azka menepis kasar dan matanya menikam wajah Ain.

" Kau dengar sini perempuan murahan! Walaupun kau dah dapat apa yang kau nak, jangan ingat aku ikut semua telunjuk kau. Kau kena ingat! Bila-bila masa je aku boleh halau kau macam aku halau Zahra! "

" Atif! Kenapa sikit pun tak ada ruang untuk Ain dalam diri Atif?! "

" Sebab hati aku dah mati!! Ini semua punca dari kau!! Kau yang buat hati aku mati!! " Azka menarik rambut Ain kasar!

" Sakit!! " Ain merintih kesakitan. Kepalanya terasa digegar!

" Kau buat hal kau! Aku buat hal aku! " Dengus Azka sebelum berlalu pergi meninggalkan Ain yang terduduk dipenjuru katil.

Azka sedikit pun ada rasa simpati ataupun sayang terhadap dia. Segala kelakuan Azka sangatlah kasar. Azka tak seperti dulu melayannya dengan baik.

****
Zahra memandang skrin ipadnya. Gambar Tuan dibelek. Sekejap diZoom, sekejap lagi gambar itu kembali kecil.

Dia buka youtube. Scroll, punya scroll dia terjumpa Perlantikan Presiden Mation.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now