BAB 11

7.4K 587 20
                                    

Soraya melangkah mengiringi abangnya Safwan. Setibanya mereka diEtnas Resedensi, kesemua ahli Etnas dikumpulkan. Ini adalah perjumpaan yang paling terpenting bagi kumpulan ketiga Mation.

Soraya hanya memandang sahaja abangnya Safwan yang berdengus kasar. Mungkin ini adalah perkara yang terbesar lagi. Segala maklumat Etnas telah pun dicuri!

Safwan syak ini kerja orang dalam! Maklumat terpenting bagi Etnas telah pun dibocorkan kepada pihak musuh! Ini sangatlah mengawatirkan Safwan.

" Joshi! Kau dapat apa? " Mata tajam Safwan menikam wajah Joshi.

Joshi adalah orang kanan Safwan dan Soraya. Joshi tampil kehadapan menghadap Safwan.

" Tak ada boss! "

" Tak ada?! " Rahangnya diketap!

Sebuah tumbukan padu mengenai tepat pada rahang Joshi. Lelaki berbangsa cina itu terdorong kebelakang. Namun dia masih menundukkan wajahnya.

" Kau makan gaji buta ke?!! " Ahli kumpulan yang lain saling berpandangan. Mereka sendiri terkejut dengan perjumpaan mengejut seperti ini.

Muka Safwan yang merah dan bengis itu tiada siapa yang berani memandang mahupun mencelah.

" Korang tahu? Etnas punya maklumat..sekarang ni, dah tersebar dekat semua pihak musuh! Apa yang korang dah buat? Macam mana boleh tersebar?! " Soraya pula tampil kehadapan. Berdiri disebelah Safwan.

" Kami sendiri tidak tahu cik Soraya.." jawab salah seorang dari mereka.

" Aku syak! Dalam ni mesti ada yang jadi balaci Hayers! " gumam Safwan.

Mereka semua saling berpandangan. Siapa yang bocorkan maklumat?

" Aku bagi peluang dekat orang yang dah buat kerja celaka ni..sampai malam ni! Kalau tak ada siapa mengaku..aku sendiri yang akan siasat! " Tiada seorang pun yang berbunyi.

" Kalau aku yang cari..semua keturunan kau mati! Jangan memain dengan aku! " Jerkah Safwan. Mereka semua sudah menelan air liur kesat. Safwan sememangnya tidak boleh dibawa main.

" Semua berambus!! " halau Safwan.

Mereka semua bergegas keluar dari markas itu. Ketegangan antara Safwan tiada siapa yang berani untuk berkata apa-apa.

" Relaxlah abang.." pujuk Soraya.Bahu abangnya ditepuk perlahan.

" Relax? Agaknya kau buta kot?! Kau ingat benda ni main-main ke? " Safwan menepis tangan Soraya perlahan.

" Kalau Tok Ma tahu yang maklumat Etnas bocor, silap-silap Etnas disingkirkan dalam Mation. " Suara Safwan mula mengendur.

Ini adalah masalah paling berat yang terjadi. Sudahlah tepat 12 malam, Bryans ingin buat perjumpaan antara ketiga-tiga kumpulan.

" Tok Ma tak bodohlah nak singkirkan Etnas, kalau Etnas disingkirkan, Mation akan lumpuh sebelah.."

" Jangan cakap macam orang tak berpelajaran Soraya! Kau ingat kita ni besar sangat ke? Hayders lagi besar dari kita! " bentak Safwan.

" Hayders tu entah bilalah Tok Ma nak singkirkan? Padahal entah apa-apa yang diorang buat..projek pun bukannya bagus pun! " kutuk Soraya.

" Selagi Danish tu ada, selagi tulah Hayders tak akan disingkirkan. " gumam Safwan.

" Bryans? " soal Soraya tiba-tiba

" Bryans..mustahil untuk kita singkirkan, tapi kita boleh bergabung dengan Bryans." Safwan tersenyum sinis.

" Maksud abang? "

****

" Kau biar betul Mimo?! " Kitten tidak jadi meneguk air. Nuna pula ternganga seperti tidak percaya dengan apa yang Mimo katakan.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now