BAB 16

7.1K 523 2
                                    

Zahra meletakkan sangkar Bibi didalam bilik tetamu yang dia akan gunakan. Melihat Azka yang tidak munculkan diri, Zahra mengemas setiap ruang dibawah.

Habuk dikemaskan, kerusi, meja, almari dan pelbagai lagi perabot dilap sehingga berkilat.

Peluh didahi dilap perlahan. Dia ingin segera mengemas dan berehat. Badannya sudah penat namun dia tetap kuatkan badannya.

Kadang-kadang dia menoleh kearah lift menunggu kemunculan Azka, namun tiada. Lagi laju dia mengemas. Entah kenapa hatinya seakan-akan meminta untuk naik keruang atas.

Hampir sejam dia mengemas diruangan bawah. Kita dia bersiap untuk naik ketingkap kedua.

Ting!

Hanya lampu oren sahaja yang memberi cahaya diruangan tersebut. Dia melangkah dan meneruskan tugasannya. Dia tidaklah risau memandang Bibi sudah lena diulit mimpi. Dasar kucing pemalas!

Seusai mengemas diruang tamu tingkat dua, dia membersihkan tangga yang menuju ketingkat tiga.

Dalam dia mengemas, dia terdengar suara garau yang sedang mengerang. Zahra terdiam. Mungkin salah dengar kot.

Lagi sekali telinganya menangkap bunyi suara garau sedang muntah.

" Tuan?! " Zahra meninggalkan semua perkakasannya dan berlari menuju ke pintu bilik Azka.

" Tuan?! " Dia mengetuk pintu bilik Azka. Jelas sekali suara Azka yang sedang memuntahkan isi perut didalam tandas.

Beberapa minit selepas itu, Azka membuka pintu. Muka cemburut tetapi dalam keadaan pucat membuatkan Zahra terkejut.

" Tuan okay tak?! Tuan tak sihat ke? " Azka tidak larat untuk berdiri lama-lama.

Dia hanya membiarkan pintu terbuka dan membaringkan tubuhnya diatas katil.

" Saya masuk eh Tuan.." Zahra melangkah menghampiri Azka.

Matanya melorot ketubuh Azka yang sedang tidak berbaju. Zahra melarikan pandangan kewajah Azka.

Bibir itu merah merekah, separuh dari rambutnya menutup bahagian dahinya. Muka pucat namun masih lagi kacak. Auch! Zahra menggosokkan matanya.

Melihat Azka yang diam tidak bergerak. Tangan Zahra diletakkan diatas dahi Azka. Panas!

" Tuan demam ni..Tuan dah makan ubat?" Azka menggeleng. Matanya terkatup.

" Dah makan? " Azka masih menggeleng.

" Okay, Tuan tunggu sini, saya siapkan bubur dengan panadol. " Baru sahaja Zahra ingin bergerak, satu tangan yang bahang mencapai tangannya.

" Tolong jaga aku..." Zahra terkedu. Wajah Azka ditatap.

Mata itu masih lagi terkatup. Dia meneguk air liur.

" Err..Tuan, saya nak masak bubur je..kalau Tuan nak makan ubat kena makan dulu baru boleh telan ubat. " Zahra cuba hilangkan rasa gugup dia.

" Cepat sikit..aku sakit ni.. " Azka melepaskan tangan Zahra.

Zahra menjuihkan bibir. Dah sakit pun poyo tetap ada. Huh!

****
" Martin siapa nak jaga? " Martin bertukar tangan.

" Jangan risau, Azka dah pesan yang Martin akan tinggal dengan dia, sebab Zahra ada dekat rumah dia. Jadi korang kena selesaikan mission tu dan Martin, dia akan duduk dengan uncle dia. " Leo sudah diberitahu Azka untuk tugasan ini.

" Sure Azka yang kata macam tu? " Kitten pelik.

" Iye makcik! Aku ikut korang sekali..Azka kata ni misi paling besar, jadi tak boleh bawa Martin. "

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now