BAB 36

7.2K 471 15
                                    

Kitten menundukkan kepalanya. Nuna menepuk perlahan bahu Kitten. Selepas pulang dari misi mereka, sehingga ke hari ini Zahra tidak sedarkan diri.

Azka memeluk tubuhnya dan merenung keluar tingkap. Mereka masih lagi berada di Maldives. Ikut plan mereka, hari ni mereka balik tapi Zahra masih lagi tidak sedarkan diri.

Danish dan Ayyan juga terasa dengan situasi sekarang. Walaupun mereka baru tahu siapa Zahra, hati mula jatuh simpati. Leo memicit kepalanya. Dia risau dengan Zahra.

Soraya bangun dan menghentak kaki. Dia rimas dengan keadaan sebegini. Apa entah yang nak bertakafur untuk perempuan itu pun dia tidak tahu.

" Guys! Jom pack barang, kita kena balik. Mission ni 2 hari je, kalau kita masih lagi kat sini tak buat apa..nak kena tunggu perempuan tu sedar, memang sampai esoklah kita kat sini. " Bentak Soraya.

" Kau boleh diam tak Soraya?! Dari dalam kereta kau memekak! Bingit telinga aku! " Marah Danish.

" Kalau kau rasa nak balik, balik lah! Tak payah merungut kat sini! " Tambah Ayyan lagi.

" So you guys nak marah I sebab perempuan lembik tu?! Dia siapa and I siapa?! You all ada otak? Kalau kita masih disini, terbongkarlah semua rahsia kita. You all tak rasa keluarga si tua tuntut hak dekat Mation?! Fikirlah sikit! Jangan jadi bodoh. " Rungut Soraya.

" Nak tuntut apa? Si tua tu memang dah buang keluarga sendiri sebab tamakkan harta! Nak risau apa? " Mimo mencelah.

Cakap macam tak ada otak. Memang sah-sah si tua tu buang keluarga sendiri.

" You all memang tak tahu ke? Tuan Ghani tu ada 4 bini! Keluarga yang dia buang tu, bini nombor 1. Jadi kita kena hadap 3 bini dia lagi! " Soraya menerangkan satu persatu latar belakang Tuan Ghani.

" Oh ye? Ada aku kesah ke Soraya? Kalau kau takut sangat, kau sorang jelah balik, tak payah memekak kat sini! " Danish menjeling tajam!

Soraya berlalu dan mendekati Azka. Kitten dan Nuna menggelengkan kepala.

" Azka, jom balik! I tak boleh lama-lama kat sini, nanti family I tahu apa yang I dah buat. " Soraya memegang lengan Azka.

Mata tajam Azka menikam wajah Soraya. Kalau tidak kerana dia ingin tahu apa yang Safwan lakukan, tak ingin dia bekerjasama dengan belut ini..

" Leo! Bawa diorang balik. Aku tunggu Zahra dekat sini. " Dingin.

Azka bersikap lebih dingin dari biasa. Hatinya risau. Zahra bukanlah asalnya seperti mereka. Yang telah biasa dengan benda macam ni.

" What? You tak balik jugak Azka? " Soraya terkejut!

" Yes! Ada apa-apa masalah yang serabutkan hidup kau ke? " Soraya terdiam. Dia gerun melihat mata Azka.

Soraya berlalu bawa diri kebilik untuk mengemas pakaiannya. Leo menapak perlahan ke arah Azka.

" Aku uruskan hal dekat sana nanti. Kau dekat sini jagakan Zahra. Kalau apa-apa,  bagitahu. Kitaorang datang. " Ujar Leo.

" Aku dengan Danish pun. Pape roger je. " Ujar Ayyan.

" Memang babi si belut darat tu! Macam mana kau boleh terfikir nak bawa si belut tu pun aku tak tahu. " Omel Danish. Sakit hati dengan si belut tu.

****

Puan Has tersenyum lebar apabila kawannya Arfah berjalan menghampirinya.

" Eh! Fahim pun ada? " Fahim tersenyum.

" Auntie apa khabar? "

" Khabar baik. "

" Weh Has! Macam mana dengan persiapan kau? Okay tak? " Arfah menampar bahu Puan Has lembut.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now