BAB 7

8K 483 16
                                    

Zahra hanya menekur memandang lantai rumah. Muka singa maknya tidak berani dikerling. Tahulah dia, kenapa mak dia marah macam tu. Syaf hanya mengeluh perlahan.

" Nanti Zahra dah ada duit, Zahra gantikan kereta mak ye.. " pujuk Zahra.

" Kau ni Zahra, mak dah kata jangan bawa kereta! Kau bawa jugak! "

" Sorry mak.. "

Puan Hasnah mengeluh perlahan. Wajah Zahra dipandang lembut.

" Tak apalah..benda dah jadi. Lain kali janganlah kamu tu kelam kabut Zahra. Bahaya! " Zahra tersengih.

" Kau lambat! " Leo memeluk tubuh lalu menjeling tajam pada Azka.

" Diam! Aku ada hal tadi. " Azka mengambil tempat dihadapan Leo.

Tepat pukul 11 pagi. Azka dan Leo sama-sama melangkah masuk dalam Halls Bryans. Dimana tempat itu adalah perbincangan antara kerabat BRYANS sahaja.

Selaku Tuan Muda, Azka memegang jawatan presiden paling atas. Dimana bawahannya adalah adik beradiknya sendiri.

Perbincangan ini biasanya dilakukan ketika dimana terdapat helah atau tipu daya dari pihak musuh.

Bilik yang ditempatkan sebagai Ayans room adalah bilik meeting bagi ahli-ahli terpenting sahaja.

Saat kaki Azka masuk kedalam bilik itu, Kitten yang seperti tiada apa-apa sedang berlari-lari mengejar Mimo. Nuna pula membaringkan kepala diatas meja dengan mata yang terkatup rapat.

Luna yang tidak habis dengan segala perisian laptopnya menatap fokus tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.

" Hoi!! " Kitten dan Mimo terhenti apabila mendengar sergahan dari Azka.

Kitten tersengih lalu melabuhkan punggung disebelah Luna. Nuna yang tersedar segera menegakkan badannya.

Masing-masing mendiamkan diri. Leo mengambil tempat yang berhadapan dengan Kitten.

" Luna! Apa yang kau dapat info terbaru? " Luna memandang Azka dengan riak wajah yang bekuk.

" Hayers..setakat ni tak ada apa-apa lagi yang diorang buat? Maybe tunggu kita yang mulakan.." Kata Luna.

" Nonsense! Memang taklah Bryans yang mulakan! " Kitten menjulingkan mata keatas.

" Hayers tu tak boleh dijangka..diorang bila-bila masa sahaja boleh bertindak! Diorang tu bukannya betul sangat. " Mimo pula bersuara.

" How about Shah? " Matanya tajam itu menikam wajah Nuna.

" Shah? Dia masih lagi mendiamkan diri. " Nuna memandang Azka dengan wajah yang tiada riak.

" Ish! Bosanlah!! Aku nak berlawan. " Kitten memecahkan sunyi. Mimo menjulingkan mata keatas. Orang lagi tak nak bahayakan nyawa, dia sibuk nak berlawan.

" Diamlah Kitten! " Azka menjeling tajam pada kakaknya. Kitten menjulingkan mata keatas. Nuna dan Mimo menyerigai mengejek Kitten.

Azka menarik nafas lalu memandang mereka semua dengan pandangan tajam.

" Biarkan diorang! Selagi mana diorang tak usik kita, selagi tulah biarkan. Aku tak nak salah sorang dari kita yang mulakan melainkan diorang buat sesuatu. " Semua hanya menganggukkan kepala tanda menerima arahan dari Tuan Muda.

" Leo? Info aku suruh cari dah dapat? " Semua mata mengalihkan pandangan kearah Leo.

" Megat Zafrul Darris..dia low profile tapi dia memang bagus! Untuk melebarkan lagi empayar Bryans, aku syorkan tak salah kalau kita bergabung dengan dia. " kata Leo.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now