BAB 33

7K 487 18
                                    

Zahra mengigit bibirnya perlahan. Pintu bilik Azka dipandang gerun. Siang tadi dia sendiri nampak Azka mengamuk macam mana.

Semua staf pada siang hari tadi semuanya tidak mampu mengeluarkan suara apabila melihat gorila mengamuk.

Nak ketuk ke tak? Kalau ketuk nanti dia marah macam mana?

Zahra masih lagi berwar-war dihadapan bilik Azka.

Ketuk jelah!

Zahra menanti sehingga suara Azka memberi arahan.

Klak!

Terjengul wajah Azka yang bengis! Zahra meneguk air liur.

" Kau nak apa?! "

" Err..Tuan, maaf ganggu.." Azka memeluk tubuhnya dan memandang Zahra.

" Apa dia?! "

" Saya nak pinjam laptop sekejap boleh? Sebab saya kena bantu mak saya buat invitation card untuk majlis pelancaran butik dia hujung bulan ni. " Sekali nafas sahaja dia berkata. Dah macam rapper pula gayanya.

Azka menjulingkan mata keatas.

" Masuklah.."

Zahra membuntuti langkah Azka. Azka mengambil laptopnya dan diberikan pada Zahra.

Zahra mengambil dan ingin berlalu keluar dari bilik Azka.

" Eh! Kau nak pergi mana?! "

" Nak turunlah buat kat dalam bilik saya.." Jawab Zahra. Pelik pula dia dengan Tuannya.

" Buat kat sini je! Kang kau godek-godek pulak laptop tu. Banyak kerja aku dalam tu..tak pasal-pasal kau tahu semua! " Bentak Azka.

Zahra mengeluh dan mengambil tempat disebelah Azka. Laptop diletakkan diatas katil.

Azka membuka TV didalam biliknya. Siaran demi siaran ditukar. Matanya terhenti pada cerita siaran HBO.

" Tuan.." Seru Zahra.

" Hmm.."

" Password Tuan apa? "

"Capital letter.. TAAZR0506.." Pantas jari runcing Zahra menaip.

Terpampang gambar seseorang wanita diskrin laptop Azka. Wanita yang dia kenal.

" Ain? " ujar Zahra perlahan. Azka melirik kearah Zahra.

" Kau kenal dia? "

Entah kenapa hati Zahra rapuh tiba-tiba. Ain? Lama betul dia tidak berjumpa dengan kawannya seorang itu.

" Kenal..dulu dia kawan saya masa dekat universiti dulu.." Jawab Zahra.

Nampak wajah Azka dan Ain jelas tersenyum bersama. Bahagia.

" Oh..kau sama Uni dengan dia? " Suara garau itu dingin.

" Haah..Tuan kenal dia? " Ada getaran disuaranya namun dia menahan dan cuba untuk tidak terlalu nampak.

" Hurm.."

" Macam mana Tuan boleh kenal dia? "

" Clubbing. "

" Tuan buat apa kat situ dengan dia? "

" Kau boleh diam tak?! Aku malas nak cerita pasal dia! Kalau kau rasa nak tahu sangat, pergilah tanya dia! Jangan tanya aku! " Jerkah Azka. Sudah dia tengah sakit hati, dengan soalan Zahra pula tambahkan sakit hati dia.

Zahra terdiam. Dia menundukkan kepalanya. Dalam hati dia menyumpah seranah diri sendiri. Dah tahu member tengah badmood, sibuk nak tanya itu ini.

Zahra memulakan kerja. Cepat habis cepat dia keluar dari sini. Makin laju jarum jam berjalan makin terasa lama pula dia didalam bilik ini.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now