BAB 55

6.6K 485 77
                                    

Malam yang ditunggu-tunggu oleh peminat HAZS collection. Design terbaru, design sensasi dari HAZS akan memukau VVIP dan pelanggan tetap HAZS.

Paling elegen malam itu adalah Puan Has yang mengenakan baju ala-ala arabian. Syaf disebelahnya menjulingkan mata keatas apabila melihat tetamu VVIP yang paling over dari pemilik Butik HAZS.

Kitten dan Nuna mengayakan baju dress Ratu Arora keluaran HAZS yang dijahitkan istimewa dari Puan Has.

Malam yang penuh dengan cahaya lampu menghiasi pentas catwalk. Keliling pentas dikelilingi oleh ratusan dari pereka fesyen terkenal dari Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, pereka fesyen dari France juga turut hadir dimajlis HAZS. Lolita Edward.

Siapa tidak sangka, dalam diam Puan Has menjadi ikutan Lolita Edward di France. Gaya serta jahitan menjadi pilihan Lolita.

Zahra merenung dirinya dihadapan cermin. Dia yang mengenakan contact lens brown seperti warna mata Tuan. Rambutnya sudah digayakan dengan messey bun tapi bersesuaian dengan baju yang dipakai.

Baju itu dipilih warna cream melambangkan warna seorang wanita. Tenunan halus pada sisi baju itu yang tidak terlalu serabut melambangkan bebanan dari wanita itu. Rama-rama menjadi pilihan Zahra melambangkan lebih terperinci tentang wanita itu perlukan sayap untuk terus terbang mencapai impian.

Hasil rekaan darinya menjadi tarikan tetamu maknya dan pelanggan maknya. Makin hari, makin meluas nama HAZS dipelosok negeri.

Inilah impian Puan Has. Bajunya yang menepati ciri dan gaya si pemakai.

" Wah Zahra!!! Lawanya kau dung!! " Ami menutup mulut melihat Zahra yang berpusing-pusing dihadapannya.

" Kan! Tengoklah siapa yang buat baju ni.." Zahra sengaja kembangkan hidungnya.

" Choi! Weh Zahra! Kat luar, banyak gila wartawan..famouslah engkau lepas ni. " Ami mengipas mukanya menggunakan kipas tangan.

" Iye ke Mi? Kalau aku famous, mesti budak-budak yang ejek aku dulu tu terpukau, terpaku. " Berangan! Inilah kerjanya dengan Ami, suka berangan.

" Iyelah dung! Mesti diorang terkejut tengok kau. " Ami turut sama setuju. Haih!

Dihujung penjuru bilik, beberapa orang model mentertawakan mereka berdua.

" Perasannyalah nak jadi famous! " Salah seorang dari mereka sengaja menguatkan suara.

Kata itu sampai ditelinga Ami. Eton yang kebetulan sedang membantu Zahra juga tangkap kata itu.

" Baru pertama kali nak naik pentas, ada hati nak terus famous! Tinggi bethol lah impian kau. " Syasya senyum mengejek. Yang lain menyambut dengan hilaian ketawa. Ketawa gedik!

" Hello! Hoi perempuan! Kalau rasa tak ada benda nak cakap, tutup mulut. Hawa busuk kau tu sampai sini bau! " Suara Ami bertukar garang.

" Lah! Yang kau sibuk kenapa? Tak cakap pasal korang pun.. " Syasya menjungkitkan keningnya.

" Klisenya ayat kau pompuan! Gila kecik tetek kau! Model apa ni? " Terbuntang mata semua orang dalam bilik itu!

" Kau jangan nak kurang ajar! " Syasya menghentak tangannya diatas meja solek!

" Really? Aku rasakan, badan kau tak cukup kalsium bitch! Tengoklah baju yang kau pakai tu, bukannya padat-padat dengan badan kau. Nampak sangat badan kau melengking macam lidi. Apa ni? Agency kau buta ke pilih kau sebagai model? " Kutuk Ami lagi.

" Dah namanya model! Kenalah kurus! Apa masalah kau? "

" Nyah! Kurus tu berpada-pada, bukan rangka dan lurus je badan kau! Bontot kau meleweh! Macam orang dah beranak 5, lain kali, kalau diri tu dah sememangnya hodoh, badan pula tak berselera aku negok, muka dah kejung macam tu..tak payah nak kutuk-kutuk orang! At least si Dungu kesayangan aku ni, 10 kali ganda lebih cantik dari engkau Nyah! Dengan mulut bau busuk, tak gosok gigi ke? "

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя