BAB 24

7.4K 493 17
                                    

Azka berdengus kasar! Matanya merenung dalam-dalam wajah keempat-empat orang dihadapannya.

Cerita dari mereka membuatkan hatinya panas! Wajah dinginnya bertukar bengis. Rahangnya diketap.

" Kau carilah sesiapa yang boleh berlakon jadi calon kau Azka. " Mimo mencelah.

" Betul tu..kau nak ke kahwin dengan Soraya? Sepupu sendiri? " Kitten pula mencelah.

" Tolonglah Azka! Aku yang single ni pun, tengok Soraya pun tak berapa nak gemar.." Tambah Leo pula.

Azka masih lagi diam. Dia mula menyisir rambutnya. Headband hitam dipakai.

" Zahra! " Lantang suaranya memanggil Zahra.

" Ye Tuan..ni Blazer Tuan. " Kaki Zahra terhenti apabila melihat Kitten, Nuna, Mimo dan Leo sedang menghadap Azka.

Mereka semua mengalihkan pandangan ke susuk tubuh yang berdiri tegak dimuka pintu.

Leo tergamam! Sehingga mulutnya ternganga. Zahra?

" Bak sini.." Zahra menghulurkan blazer kepada Azka.

" Jom.." Zahra mengikuti langkah Azka perlahan.

" Aku minta tolong Zahra malam ni.." Kata Azka perlahan. Tolong itu sengaja ditekan dan dijeling muka Zahra yang blur.

" Zahra? Seriuslah itu Zahra? " Leo masih lagi dalam nada terkejut.

" Hai Leo.. " Sapa Zahra mesra.

Yang lain semua masih lagi tergamam. Masih menunggu jawapan Azka dengan apa yang jadi sekarang ini.

" Tak yah terkejut.. Tok ma dah bagitahu aku dengan apa yang dia nak buat malam ni, dia bagi aku peluang..kalau aku tak cari calon juga malam ni, Soraya pilihan yang ada. " Terang Azka.

" Dah pukul berapa? Majlis dah nak start.." Kata Azka tegas.

" Zahra.." Nuna melihat Azka menarik lengan Zahra berlalu pergi meninggalkan mereka.

" Weh! Aku lambat ke nak bagitahu planning aku? " Kitten turut menjatuhkan pandangan pada Azka dan Zahra.

" Apa? " Leo terkejut! Tiada siapa yang menjelaskan padanya tentang Zahra.

" Aku baru nak suruh Zahra jadi pelakon utama..tapi Azka dah bertindak dahulu. " Mimo pun sama juga terkejut. Namun sempat sahaja dia menepuk bahu Kitten.

" Kau lambat! "

" Leo! Kitten! Mimo! Nuna! Cepat!! " Jerkah Azka.

Kelam kabut mereka keluar dari situ dan mendahului langkah Azka.

" Dengar ni Zahra! Aku nak kau tukar nama kau, jangan dedahkan nama panjang atau tak payah nak ramah sangat. Kau ikut je aku.." Suara garau itu ditekankan agar Zahra ingat.

" Ikut je? Kalau Tuan pergi borak-borak pun saya ikut? "

" Ye! "

" Tuan pergi makan pun saya ikut? "

" Ye! "

" Kalau Tuan jumpa kerabat Tuan pun saya kena ikut? "

" Ye Zahra! "

" Kalau Tuan pergi tandas pun saya kena ikut? "

" Ye..eh! Tak payahlah sampai nak ikut aku ke tandas! Kau ingat pundi kencing aku macam kau ke? Tak boleh nak tahan? " Perempuan itu dijeling.

Dah cantik pun masih lagi lembab! Nasib baiklah kau tolong aku.

" Baik Tuan.." Azka diam dan Zahra juga diam. Mereka melangkah menuju ketangga.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant