BAB 15

7K 477 2
                                    

Setibanya diMalaysia, Leo dan Kitten bersiap-siap untuk pulang kerumah. Badan mereka letih dan mereka perlukan rehat.

Bekerja dibawah Azka sememangnya untuk bersantai tidak ada langsung. Kerja kena on point kalau tak, segala mak datuk Azka mengungkit.

Zahra hanya menghantar pandangan Leo yang sudah pun bergerak meninggalkan rumah Azka. Kitten awal-awal lagi sudah menyuruh Si Mimo ambil dia di airport.

Zahra mendekati Azka yang sudah baring diatas sofa diruang tamu sambil mata tertutup rapat dan tangan diletakkan diatas dahi. Wajah Azka sedikit pucat dan nampak lesu.

" Tuan... " Seru Zahra.

" Hmm.. " suara garau itu menyahut.

" Saya nak balik..dah berapa hari saya tak balik rumah.. " Zahra menunggu jawapan Azka. Namun, tiada sebarang suara pun yang keluar dari mulut Azka.

" Tuan..." Zahra memanggilnya lagi.

" Aku bagi kau masa sejam je, lepas tu kau datang sini balik. Rumah aku berhabuk. " Azka bangun dari tempat baringnya tadi dan melangkah meninggalkan Zahra.

Zahra terdiam dan menunduk. Kenapalah ada boss yang tak ada hati perut.

" Isk..isk..aku nak rehat.." Esakan halus itu tiada siapa yang dengar. Sememangnya dia penat bekerja dengan Azka.

Setiap kali dia ingin mengikut Leo keluar mesti Azka melarang. Tiada masa untuk dia berehat. Balik dari Jepun, ingatkan dapat juga berehat tapi kena datang sini balik untuk kemas rumah Azka.

Zahra mengelap airmatanya perlahan. Dia mengambil kunci skuter dan berlalu meninggalkan rumah itu.

Sudahlah dipejabat dia yang selalu kena hantar fail, buatkan kopi, belikan staf lain kopi semuanya dia yang buat.

Azka yang berdiri ditingkap bilik hanya memandang sahaja skuter Zahra keluar dari kawasan rumahnya.

Dia merasakan yang nafasnya bertukar jadi panas. Matanya berair. Hidungnya tersumbat dan tekaknya menjadi payau.

" It's coming.." Azka membaringkan tubuhnya diatas katil. Badannya menjadi lemah dan dia menyelimuti seluruh badannya.

****
Kitten memasuki ruang tamu Bryans Resedensi. Mimo dan Nuna yang leka menonton Movie hanya membiarkan Kitten yang melepaskan keluhan.

" Seronok pergi Jepun? " Luna mengambil tempat disebelah Martin yang sudah lena diulit mimpi.

" Huh! Azka memang tak leh brain! Aku ni nak kerja sambil enjoy..tiba dia, kena kerja. Nak enjoy pun betul-betul pergi beli makan je. " Luna tergelak.

" Kesian Zahra..dia dahlah first time datang Jepun. Baru nak bawa jalan-jalan. "

" Apa?! Zahra pun ada? " Nuna memandang Kitten.

" Yelah! Memang Zahra kena kerja dengan Azka, sebab.."

Semua mata menoleh kearah Kitten. Movie yang membuatkan mereka terpukau kini tidak berguna lagi. Cerita Zahra lebih menarik perhatian mereka.

" Sebab Zahra berhutang dengan Azka. "

" Hutang?! " Nuna terkejut.

" Apa?! Berhutang?! " Mimo memandang Luna. Luna hanya mampu terlopong.

" Huh! Kurang asam punya Azka. " Nuna menggelengkan kepala dengan adik kembarnya.

" Aku dah bincang dengan Azka, nak bayarkan tapi Azka cakap macam ni..Kau tak payah sebok nak jadi baik nak selamatkan perempuan dungu tu! Kau buat je kerja kau! Aku dah tak boleh nak kata apalah! "

" Kesian Zahra.. " Nuna jatuh simpati atas nasib Zahra.

" Itulah, confirm Zahra penat gila kerja dengan adik kembar kau Nuna! Adik tak ada hati perut..perangai siapalah yang dia ikut. " kutuk Kitten.

Apa yang boleh mereka katakan melainkan kesian sahaja. Zahra sudah silap masuk kedalam mulut naga.

" Ala nanti lama-lama fall in love lah diorang tu.." Semua mata kini terarah ke Luna.

Luna yang perasan dengan pandangan adik-adiknya mengangkat kening.

" Apa? Betullah aku cakap.."

" Kau gila ke Luna? Azka nak jatuh cinta dengan perempuan macam Zahra? Memang taklah aku rasa! " Mimo memangkah Luna awal-awal.

" Oh kau tak caya cakap orang tua macam aku ni..kau tengok jelah masin ke tidak molot aku ni. " Luna menjuihkan bibirnya.

Telefon milik Nuna berdering. Tertera nama Leo.

" Hello.. " sambut Nuna.

" Ada mision untuk Queen's Bryans..." Leo menyambut sahutan Nuna.

" Mission?! "

****

Baru setapak dia masuk kerumah, Bibi berlari mendapatkan Zahra yang berwajah penat itu.

" Auw!! Bibi rindu mother eh?! Kesiannya Bibi..Bibi dah makan? " Zahra mengendong Bibi kerumah Bibi.

Makanannya sudah kosong. Air pun habis. Wajah Zahra jatuh simpati dengan Bibi.

" Alaa!! Siannya anak mother ni, makanan dengan air habis yer? " Badan Bibi diusap lembut.

" Jom mother bagi Bibi makan ye.."

Kehulu kehilir Zahra mengemas sangkar Bibi. Makanan dan minuman dipenuhkan. Rumah yang bersepah dikemaskan.

Mak dan adiknya berkemungkinan sangkut dikampung mereka memandangkan minggu depan neneknya ingin membuat kenduri tahlil untuk datuknya.

Kebetulan pula, butik HAZS tidaklah sesibuk mana. Syaf pula gerak dari rumah neneknya ke kolej ulang-alik.

Rumah neneknya tidaklah jauh mana pun, dekat kawasan sini juga. Kalau Zahra balik sekarang pun boleh, cuma dia ada kerja yang dia harus settlekan.

Zahra meletakkan beg pakaiannya ditepi pintu rumah dan mengambil Bibi yang melese-lese dikakinya.

" Mother kena pergi kerjalah Bibi..boss mother tak kasi bawak Bibi, nanti taik Bibi dia sapu kat muka mother.." Dia mengomos kucing kesayangannya. Geram!

Tiba-tiba otaknya sudah mula berfungsi. Muka Bibi dikuncup lembut. Sangkar Bibi yang besar seperti beg dibawa dan disumbatkan makanan Bibi dengan beberapa paket. Bibi dimasukkan kedalam sangkar itu.

" Okay dengar ni Bibi, Bibi kena duduk dalam ni je, tak boleh keluar okay! Janji tak nakal okay? Mother buat kerja, Bibi kena duduk dalam ni diam-diam okay. " Bibi seakan-akan faham hanya menyahut dengan malas.

Zahra mengalas beg bajunya. Sangkar Bibi diletakkan dihadapannya. Skuter dihidupkan dan dia bergerak menyusur jalan raya perlahan.

Hai kesayangan!! So this chapter dia mcm hambar tapi entahlah. Moga-moga kamu semua accept this chapter!

Vote dan comment.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now