BAB 10

7.8K 548 56
                                    

Leo menerangkan setiap skop kerja kepada Zahra. Walaupun Zahra hampir terkencing apabila Leo tunjuk sepucuk pistol padanya.

" Tuan Muda tak suka kalau orang buat benda yang dia tak suruh. Dia tu tak suka benda-benda bodoh, macam kalau aku buat lawak, dia tak pernah gelak. "

" Seriuslah tak pernah gelak?! " Terkejut juga Zahra.

" Iye.." sahut Leo.

" Mak aii!! Dia ada satu penyakit ke sampai tak gelak langsung?! "

" Kan before ni aku dah cakap yang boss aku ada strok kat muka. Tuan Muda tulah boss aku! " Cerita Leo lagi.

" I heard Leo!! " Zahra dan Leo terdiam. Azka dibelakang menjeling tajam dua manusia dikerusi hadapan.

Leo mengheret dia sekali naik dengan mereka. Sedangkan dia yang menyuruh Leo mengheret perempuan pelik itu sahaja.

Sudahlah satu kereta, tapi mereka berborak macam dia tak ada dalam kereta itu.

" Tuan..saya nak tanya boleh? " Zahra memusingkan badannya sedikit.

" Jangkaan Tuan, bila saya punya hutang akan habis? " Sedikit pun Azka tidak mengalihkan mata kearah Zahra.

" Asal? Kau dah tak tahan nak kerja dengan aku? "

" Bukan..saya ada cita-cita saya..saya nak jadi pereka fesyen yang terkenal diabad ini.." Zahra tersengih dan terbayangkan jika dia adalah pereka fesyen yang terkenal. Glamor!!

" Kau biar betul? Kau memang pandai jahit baju ke? Pandai reka baju ke? " Leo seperti tidak percaya dengan apa yang perempuan disebelahnya ini bercerita.

" Yelah..kenapa semua orang tak percaya yang saya pandai reka baju? " soal Zahra semula.

" Kau cermin diri kau tak sebelum keluar tadi? " suara garau menyampuk. Terus Zahra memandang kearah Azka yang membelek ipad.

" Tengok.." jawab Zahra.

" Tengok jelah diri kau yang macam orang bebal..dengan pakaian yang warna entah apa-apa, eyeshadow kau tu, 5 meter pun dah nampak eyeshadow kau! Blusher? Jangan cakaplah..macam orang kena lempang! " kutuk Azka.

Leo hanya mendiamkan diri. Azka bila bercakap memang tak ada lapik langsung.

" Oh..pakaian sayalah ni tak menggambarkan yang saya macam pereka fesyen? Kenapa eh orang melayu selalu pandang orang dari segi luaran? " Mata coklat Azka menikam wajah Zahra.

" Okay..Tuan tak faham eh? Macam ni, Tuan tu suka tau judge orang dari segi apa yang Tuan nampak, sedangkan Tuan tak kenal dia lagi..macam Tuan kutuk saya tadi.." Leo terkedu. Azka pula memandang Zahra dengan tajam.

" Saya boleh je cakap Tuan ni poyo tersangatlah! Dengan parut kat atas kening..saya boleh je cakap Tuan cacat, tapi saya bukan jenis macam Tuan yang mudah sangat judge orang.."

" Kau ni!!! " Azka mengetap giginya menahan amarah.

" Okay,  okay..jangan gaduh! Relax Azka..dengan minah ni pun kau nak marah ke? " Leo meleraikan perbalahan antara mereka berdua.

" Kau cakap dengan dia sebelum aku tembak kepala dia, baik suruh dia diam! " Bentak Azka. Dia bengang dengan Zahra yang melawan katanya.

Zahra mengalihkan pandangan kehadapan. Leo pula mencuit Zahra dan memberi isyarat untuk tutup mulut.

" Kau tahukan nak buat apa? Kejap lagi aku kena gerak pergi settlekan kerja aku..kau duduk sini diam-diam nanti kalau Tuan nak apa-apa, kau buat tau! " Zahra menganggukkan kepala.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin