BAB 12

7.3K 489 9
                                    

Semuanya sudah berkumpul di Mation Resedensi. Danish memandang Nuna dengan wajah yang tersenyum senget. Nuna menjeling dengan pandangan yang menjengkelkan.

Perjumpaan ini adalah perjumpaan antara tiga kumpulan Mation. Hayders yang diketuai oleh Danish dab Etnas diketuai oleh Safwan.

Saat ini mereka hanya menunggu ketibaan Ketua dari kumpulan Brayns iaitu Tengku Azka.

" Afra..let me know, you and Hafiz nothing special right? " Danish tersengih memandang Nuna yang tidak jadi minum air.

" Kalau spesial pun apa masalah kau? " Nuna menjulingkan mata keatas.

" Wow! You ni garang sangatlah! By the way, I like that! Ganas! " Ditubir mata Danish sudah membayangkan dia bersama dengan Nuna beraksi ranjang.

Nuna mendiamkan diri dan malas melayan miang Danish. Mahu sahaja dia menembak kepala Danish!

Siapa je yang tidak kenal dengan Danish Farham anak kepada Tan Sri Moin. Kaki perempuan!

Ramai wanita yang menjadi mangsa Danish. Bertukar-tukar wanita sudah tentu. Berapa ramai wanita dijadikan pemuas nafsu binatang ini.

Azka berjalan menuju ke kerusi hadapan. Wajah menyinganya menjadi tatapan semua orang. Segala sampul, buku dan beberapa lagi barangnya dicampak.

Luna yang berada dikerusi paling hadapan terkejut dengan tindakan adiknya. Danish dan Safwan memandang tajam lelaki dihadapan mereka ini.

Azka yang hanya mengenakan baju kemeja putih yang dilipatkan sehingga kesiku, butang baju kemeja diatas dibiarkan sehingga menampakkan buah rantai miliknya yang berbentuk bulan sabit.

" Korang buat apa sampai information kumpulan korang, musuh boleh dapat? Goyang kaki? " Leo menghampiri Azka. Syafiq dan beberapa lagi orang datang menghampiri mereka.

" Kenapa bawa masuk orang luar? " Safwan mengecilkan mata kearah Leo dan yang lain.

" Wow!! Ada parti ke ni? " Danish melayangkan senyum kepada mereka semua.

" Bawa masuk orang luar? " Gumam Azka.

" Leo! Bawa masuk anjing sial tu.. " Arah Azka. Leo dan Syafiq masing-masing menuju kepintu luar dan menarik seorang lelaki yang lengannya dipenuhi oleh tatu.

" Joshi?!! " Safwan menghampiri Leo dan Syafiq. Safwan menolak Leo sekuat hati.

" Sial!! Apa yang korang dah buat dekat Joshi?! " Mata garang Safwan menikam wajah Azka yang tersenyum sinis memandangnya.

" Hoi! Anjing peliharaan kau ni, dah buat taik? Berak kat tempat aku! Kau tahu apa dia buat hari ni?! "

Luna, Kitten, Mimo dan Nuna hanya membiarkan sahaja kaum lelaki berbincang.

" Dia nak curi information Bryans dan Mation! Dia ni barua Hayers! Kau tahu?! " Safwan terdiam.

Semua didalam Hall itu terdiam. Terkedu!

" Kau tipu! Joshi tak kan berpaling tadah dengan Etnas! "

" Hahaha! Kau tak percaya? " Azka mencampak semua kertas dan bukti kepada Safwan.

Joshi yang sudah berlebam sana sini hanya menekur memandang lantai. Selakan kertas memenuhi ruang.

Danish menyedut pod yang tergantung dilehernya dan dilepaskan dimuka Joshi.

" Lai! Ni perisa cappucino! Cino lai, lai! " Joshi menjeling Danish yang mula ketawakan dia.

" Joshi?! Apa ni?! " Wajah Safwan ditatap.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now