BAB 69

6.4K 441 45
                                    

Semua ahli Mation terkejut dan tergamam dengan apa yang Safwan terangkan. Azka disebelah Zahra hanya memandang tajam pada Safwan dan Ain.

Zahra menundukkan wajahnya bila bertentangan mata dengan Ain. Mukanya naik merah.

Tok Ma pula hanya mendiamkan diri dan termenung dengan apa yang Safwan katakan. Luna, Kitten, Mimo dan Nuna pula mendiamkan diri dengan apa yang sudah terjadi.

" Wah! Ini ke ciri-ciri presiden Mation?! Mak! See! Orang yang mak sibuk nak jadikan pemegang teratas Mation. Ketepikan Mation dan kahwin tanpa pengetahuan Mation! " Auntie Lisa menepuk meja tanda marah.

" Apa ni mak? Mak nak diamkan diri dengan apa yang dah jadi?! Tolonglah mak! Kalau pihak media tahu, memang diorang serbu Mation mak!" Auntie Jo pula mencelah.

Ayyan dan Danish pula menggelengkan kepala dengan perangai maknya. Ish! Nasib baik syurga.

" Kenapa Azka buat Tok Ma macam ni? Kenapa tak bagitahu yang Azka dah kahwin dengan Ain? " Tok Ma mahu penjelasan dari Azka.

" Ini hak Azka! Kehidupan Azka. So, Azka boleh kahwin dengan siapa yang Azka nak! Dan untuk pengetahuan Tok Ma, kahwin dengan Ain bukan kehendak Azka. Tapi Ain merayu macam perempuan murahan! Selamatkan dia dari ancaman Hayers! " Bebola mata Azka menikam wajah Ain!

" Memang Ain minta Atif kahwin dengan Ain, Ain nak dia selamatkan Ain dari ancaman Hayers. " Ujar Ain perlahan.

" Bukan kau memang dari keluarga Hayers ke?! " Leo pula mencelah. Sakit hatinya melihat lakonan hebat Ain.

" Dan kenapa pula mesti Azka nak kahwin dengan dia? Nak rahsiakan perkahwinan? " Celah Safwan.

" Apa motif kau bawa dia datang sini?! " Keadaan menjadi tegang.

" Motif?! Aku kesian dekat Ain ni, isteri kau! Dia tak ada orang lain. Dia tak tahu apa-apa dan dia sedih kau sorokkan perkahwinan diorang. Sakit dia, hak dia. Ada kau ambik tahu? Kau sibuk dengan perempuan selenga ni! " Jari Safwan menuding pada Zahra.

" Err..." Zahra kehilangan kata.

" Ain memang dari keluarga Hayers. Tapi Shah ugut Ain untuk jatuhkan Mation. Ain tak nak, dia nak bunuh Azka kalau Ain tak kahwin dengan Azka. Ain tak ada cara lain. Sebab tu Ain minta Azka kahwin dengan Ain. "

" Kau cakap apa ni Ain? "

" Sudah! Tok Ma tak kira, esok pagi hari dimana Azka akan jadi presiden! Dan Tok Ma akan perkenalkan Ain sebagai Puan Muda! Kali ni, Azka kena ikut arahan Tok Mak! Muktamad! "

Sunyi. Mata Tok Ma beralih pada Zahra yang menayang senyum segaris.

Tok Ma melangkah meninggalkan semua orang disitu. Auntie Lisa dan Auntie Jo juga turut sama-sama bangun dan tinggalkan mereka semua.

Mereka bengang dengan keputusan Tok Ma. Nak juga Azka yang jadi presiden. Safwan juga terdiam!

Percaturannya salah! Tak terfikir yang bila Azka sudah berkahwin, jawatan Presiden akan jatuh pada Azka.

" Kenapa kau buat macam ni Azka?! Kau bodoh ke?! " Kitten jerkah Azka. Tak peduli dengan pandangan tajam Azka.

" Dahlah Kitten, benda dah berlaku. " Luna menenangkan Kitten.

" Kau ingat dengan apa yang kau ada sekarang ni, kau boleh buat orang lain terseksa macam ni ke?! "

" Kalau kau tak tahu apa-apa jangan menuduh! " Bidas Azka.

" Menuduh?! Ini apa?! Perempuan ni siapa? Sekarang dia bergelar isteri kau! Aku nak tuduh apa?! Selama ni aku tengok kau dengan Zahra! Habis tu, kat mana kau letak dia?! " Marah Kitten.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now