BAB 20

7.7K 475 43
                                    

Matanya menikam wajah wanita dihadapannya. Ain masih menayang senyum manis buat Azka dan Leo.

" Kau buat apa datang sini?! " Suara Azka yang tersangat dingin itu menambahkan senyuman Ain.

" Ain datang jumpa Atif sebab Ain nak minta maaf dengan Atif. "

Leo memerhatikan gaya Ain yang kini sudah berubah jauh beza dari dulu. Dulu wanita ini selalu berdampingan dengan Azka tidak kira tempat.

Gaya, kehidupan serta lenggokan tubuh itu mampu membuatkan Azka cair dengan gayanya.

" Kau dah berambus dalam hidup aku, sekarang ni kau datang sebab nak minta maaf je?! "

Wanita bertudung itu pernah menjadi kekasih hatinya. Ain lah pernah membahagiakan dia suatu ketika dulu. Zaman remajanya sangatlah seronok.

" Ain rasa bersalah dengan apa yang Ain dah buat dekat Atif. "

" 5 tahun, Ain! 5 tahun! Kau curang, kau khianat Bryans! Sekarang kau rasa bersalah?! " Azka menghentak meja pejabatnya dan matanya menikam wajah bersih Ain.

" Ain tahu salah Ain! Masa tu Ain masih mentah untuk tahu erti perhubungan! "

" Kau bagi alasan macam bodoh! Sedangkan masa tu aku bagi apa yang kau minta..kau tinggalkan aku macam tu je.. "

" Tolonglah Atif! Ain datang sini untuk berbincang dengan Atif baik-baik, bukan marah-marah macam ni.. "

Langsung Azka menarik lengan Ain lalu ditolaknya Ain. Wajahnya memerah! Leo hanya membiarkan sahaja apa yang terjadi, itu sememangnya layak untuk perempuan itu.

" Dalam hidup aku, paling aku pantang..orang khianat aku! Jangan ikut sedap mulut kau kata ini perbincangan! Ini namanya kau buat aku sakit hati! "

Air mata Ain mulai jatuh. Dia berasa sangat sedih dengan layanan Azka padanya.

" Ain ada kanser rahim.. " Wajah itu menunduk.

Azka terdiam. Leo terkelu.

" Ain ada kanser Atif..effect Ain selalu gugurkan kandungan dulu... " Ain menangis.

" Kau jangan nak meraih simpati kat sini! Bila masa aku mengandungkan kau?! " Jerkah Azka.

" Ain datang sini bukan sebab nak meraih simpati Atif! Ain nak Atif bertanggungjawab dengan apa yang Atif dah buat! "

" Kau!! Sebelum aku kenal kau, kau memang bukan virgin.. Sekarang kau nak suruh aku bertanggungjawab apa?! "

" Really? Five years ago, Ain duduk dengan Atif! Selama tu kita tidur berasing ke? Selama tu juga kita tak pernah sentuh each other ke? Lebih dari bersentuh Atif! " Azka memandang tajam wajah Ain. Dia berdengus kasar!

" Kau kata mula-mula tadi datang sini nak minta maaf? Sekarang ni kau nak ungkit kisah silam pulak? Kau nak apa sebenarnya perempuan?! "

" Ain nak Atif kahwin dengan Ain! "

" What?! "

****

" Zahra meh lah masuk..bukan senang Azka nak bagi Zahra hang out dengan kitaorang tau.. " Kitten menarik tangan Zahra masuk kedalam Mation Resedensi.

" Ini rumah siapa? " Zahra terkejut melihat rumah sebesar istana.

" Rumah Mation. " Jawab Mimo dengan mengikuti langkah Nuna.

" Malam ni ada majlis, jadi disebabkan Zahra kawan kitaorang.. Zahra kenalah ada sekali dalam majlis ni. " Zahra memandang Nuna pelik.

" Err.. Mation tu apa? Majlis apa ni? " Nuna dan Mimo saling berpandangan.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon