BAB 75

7.8K 460 61
                                    

Ain menggigil saat melihat Azka dan kakak-kakaknya berdiri dihadapan muka pintu penthouse yang Ain duduk.

" A..Atif. Kenapa balik tak bagitahu? Aa..Ain tak masak apa-apa lagi. "

" Sejak bila kau jadi gagap? Rumah aku, sukahati akulah. Dan aku tak hamak pun nak makan masakan kau. " Azka melangkah masuk.

Namun kakinya terhenti apabila melihat Hafiz yang dalam keadaan tak berbaju sedang berjalan menghampiri mereka.

Luna, Kitten, Mimo dan Nuna terkejut. Ain sudah membatukan diri.

" Ain..siapa yang da.." Termati ayat Hafiz apabila dia dikejutkan dengan kehadiran mereka semua.

" Oh..kau memang tak malu ke? " Azka berdiri tenang dipenjuru dinding sambil matanya dikalihkan ke Ain.

" Atif! Dengar dulu, Ain nak cakap..dia datang sini untuk tumpang solat je..kami tak buat apa-apa pun. "

Ain menarik lengan Azka. Sungguh sekarang ini dia takut. Takut apa yang akan terjadi.

Nuna mengetap rahang. Inilah punca Hafiz minta berpisah dengan dia. Tangannya digenggam.

" Tumpang solat? Tak berbaju? Dan kau bukan pakai tudung ke Ain? " Mimo mengerutkan kening.

" Tak apalah Ain. Kita cerita kat depan hakim tau. Aku balik sini pun sebab nak suruh kau keluar dari rumah ni. Aku nak jual rumah ni. " Baru sahaja Azka ingin meninggalkan Ain. Ain merentap tangan Azka.

" Memang betul lah, Atif sikit pun tak ada rasa cinta dengan Ain!! Jadi betullah, Atif ada perasaan kat Zahra?!! "

" Kau tak payah cakap pasal perasaan kat sini. Kau kena ingat Ain, kau yang jadikan aku macam ni. Lepas tu kau nak harapkan aku terima kau balik? " Azka tersenyum sinis.

" Sekarang pun kau jadi pelacur dia ni, kau nak suruh aku terima kau balik? Jijik! Kau tahu aku jijik dengan kau! " Jerkah Azka.

" Oh! Sekarang barulah nak jijik..dulu Atif pun samalah macam Hafiz! Ain ni jadi pelacur Atif, sekarang ni baru nak fikir jijik?! Ha?! Baru nak fikir jijik?!! " Ain menumbuk-numbuk dada Azka.

" Kau!! " Azka menolak Ain sehingga Ain terdorong kebelakang.

" Kalau dulu kau tak buat aku, aku akan terima kau walaupun aku bukan yang pertama sentuh kau! Kalau kau tak khianati aku, aku tak akan buang kau dari hidup aku!! Sekarang ni, aku dengan kau tak ada apa-apa urusan! Dan satu je aku nak kau ingat. Kau sentuh orang-orang yang aku sayang, aku bunuh kau. "

Keras suara Azka yang berbaurkan amaran. Ain menangis. Dia sedaya upaya cuba meraih simpati, tapi tiada seorang pun percaya dengan lakonan dia.

****

GIJ merenung kedalam mata Safwan. Nampak dendam yang menyelubungi tangkai hati lelaki ini.

Tiba-tiba sahaja lelaki ini berani menjumpainya, mahu berkomplot untuk jatuhkan Mation dan Hayers.

" Kau memang pasti ke nak join kitaorang?! Entah-entah kau ni mata-mata diorang tak?! " Awil menepuk-nepuk pipi Safwan.

" Kau ingat aku ada masa nak buat benda yang aku tak suka ke? " Bidas Safwan.

" Wow...duri dalam daginglah.. " Jerit Awil dan disambutkan dengan hilaian mereka.

GIJ menyeringai.

" Memang betul Wil..dia ni, memang ada dendam dengan Mation. "

GIJ menghampiri Safwan lantas menepuk-nepuk bahu Safwan.

" Aku boleh tolong kau jatuhkan sepupu tak guna kau tu..tapi satu je, aku nak mak kau dengan auntie Jo kau. Diorang tu perempuan idaman aku dulu. "

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now