BAB 32

7.2K 447 34
                                    

Zahra menggaruk keningnya. Macam manalah dia nak beritahu Azka tentang itu. Pejam celik pejam celik sudah hampir 2 bulan dia bekerja dengan Tuan Azka Atif Tuan Bryans.

Fuh!!

Walaupun baru sebulan lebih, dia bangga dengan diri dia yang bertahan bekerja dibawah Azka.

Hutangnya juga separuh sudah selesai dibayar dengan gaji pertamanya. Zahra tersengih. Orang lain gaji pertama sibuk beli barang-barang keperluan untuk diri sendiri. Dia? Sibuk selesaikan hutang.

Ruangan chat ditelefonnya memaparkan chat dia dengan maknya. Sudah berpuluh-puluh chat mak dia meminta tolong dia.

Hujung bulan ini perlaksanaan rekaan baju terbaru hasil dari dia akan dipamerkan. Majlis tersebut akan diadakan setahun sekali untuk butik HAZS. 

Ramai tetamu VVIP yang akan turut serta dalam majlis itu. Hasil dari rekaan HAZS terlalu cantik dan ramai pelanggan maknya suka dengan hasil HAZS.

Zahra mengeluh lagi. Kalau dia minta cuti dengan Azka, mahukah si strok tu nak bagi cuti.

Kata maknya, tak manis kalau Tuan punya designer tak hadirkan diri. Sebab ramai nak berkenalan dengan Zahra. Segan pula dia!

Pintu pejabat Azka dikuak. Susuk tubuh dua orang lelaki masuk. Azka mencampakkan fail-failnya keatas meja.

" BODOH!! " Azka membuka blazernya kasar. Leo pula menjeling kearah Zahra. Dia mengisyiratkan supaya diam.

Zahra mengganguk.

" Aku dah syak! Mesti kerja si tua boroi tu!! Sekarang makin kerap Tok Ma telefon aku. Hari ni sahaja si tua tu dah buat 2 kerja kotor! " Dia menghempaskan punggungnya diatas sofa empuk. 

" Leo! Aku nak kau kumpulkan semua orang malam ni. Kita bincang pasal Tuan Ghani. " Leo mengganguk tanda faham.

Azka mengepalkan penumbuk. Tuan Ghani sudah bertindak kotor. Jadi dia juga perlukan permainan kotor.

Tak boleh jadi! Kau tunggu nasib kau tua!

****

Ami meletakkan beberapa keping kertas atas meja Shah. Wajahnya menunduk.

" Mana perempuan yang kau katakan tu? " Wajah Shah yang sememangnya menggerunkan hati lembutnya dipandang takut-takut.

" Bagi aku masa lagi Shah! Sumpah perempuan tu dia susah nak jumpa sekarang ni. " Ami meneguk air liur apabila Shah mula melangkah kearahnya.

" Aku ni sebenarnya tak nak pun berkasar dengan lelaki ayu macam kau ni..tapi.. "

Buk!

Shah menumbuk perut Ami. Sehinggakan Ami terduduk menekur ke lantai. Terbatuk-batuk kecil Ami jadinya.

" Kalau kau rasa tak boleh nak buat kerja..mati jelah Ami!! Aku ni, sayang kau tau! Kau tu boleh diharap. Berapa orang dah perempuan kau bawa jumpa aku? Banyak Ami!! Tapi..asal kali ni kerja kau macam slow sikit? "

" Sorry Shah! Aku memang susah nak jumpa perempuan tu.."

" Kau bagi gambar perempuan tu..aku nak tengok dia. Boleh aku bantu kau..." Shah tersenyum sinis.

" Errr.." Melihatkan Ami yang masih lagi takut-takut untuk menunjukkan gambar, Shah bertindak untuk merampas telefon Ami.

Terbuntang mata Shah melihat perempuan yang hodoh sedang makan gula-gula kapas.

" Ni?! Yang kau nak jual tu?! " Ami mengangguk.

" Kau buta ke?! Aku tak berselera tengok dia! Perempuan apa ni?! Menakutkan!! "

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now