BAB 72

7.1K 494 77
                                    

Zahra sudah memasukkan segala pakaiannya kedalam bagasi. Keperluannya diutamakan. Baju-baju dan segala aksesori disimpan kemas.

Tiba-tiba dia meraba lehernya. Rantai Azka! Satu-satunya pemberian Azka. Dia melihat cermin. Jelas bulan sabit sebagai buah rantai.

Walaupun bukanlah jasad atau jiwa Azka, tapi itulah satu-satunya hak Azka.

" Kalau kau pakai rantai ni, kau tu hak aku! "

Zahra cuba mengusir suara garau yang berlegar-legar difikiran.

Pintu bilik diketuk dari luar. Terjengul kepala Syaf yang meninjaunya.

" Barang-barang kau dah siap kemas ke? " Suara Syaf mengendur.

" Dah..esok aku nak uruskan passport dengan tiket semua. Lepas majlis kau dengan Ami, aku terus gerak pergi sana. "

Syaf hanya merenung barang-barang Zahra. Kakaknya berubah, tak seperti dulu. Dia terasa dengan perubahan kakaknya.

" Zahra..kau sure ke kau kat sana okay? "

" Surelah. Kenapa? "

" Aku teman kau kat sana kak..aku risau kau kat sana.. "

" Ish! Apalah kau ni, aku kerja. Bukannya nak bercuti. Lagipun Lolita kan ada kat sana. "

" Kak.. "

" Dahlah Syaf, kau kena jaga mak kat sini. Tak apalah, nanti aku balik kat sini juga. Aku nak cari pengalaman. Kau kan tahu impian aku nak jadi pereke fesyen yang popular. " Zahra menepuk-nepuk tangan tanda suka.

Zahra tersenyum memandang Syaf lalu dia mengenggam tangan Syaf.

" Dah tak lama je lagi kau nak jadi isteri orang. Jaga diri baik-baik. Hargai setiap pengorbanan Firash kat kau. "

Bergenang airmata Syaf bila kakaknya mengingatkan tentang pengorbanan.

" Tak yahlah sedih kau ni! Aku tak suka! " Syaf menarik kakaknya kedalam pelukan.

Zahra ketawa dan membalas pelukan adiknya. Satu-satu adiknya. Berat hati nak lepaskan adiknya dibawah tanggungan orang lain.

Iphone Zahra berbunyi. Nombor yang dia sangat kenal. Apalah si mamat ni.

" Hello.. "

" Tengku Syarifah dah meninggal. Kau tahu? " 

Zahra tergamam.

****
Luna, Kitten, Mimo dan Nuna menunduk dihadapan kubur Tok Ma. Azka menyeluk tangan kedalam poket. Dia mengenakan kaca mata hitam untuk menutupi mata yang berlinangan.

Tok Ma sudah kembali kepada Pencipta. Allah lebih sayangkan Tok Ma. Ain disamping Azka memeluk pinggang Azka menandakan dia dalam kesedihan.

Leo, Ayyan dan Danish mengenakan kemeja putih dan seluar slack hitam menandakan hormat pada kepergian seorang wanita yang menjaga mereka dari kecil.

Dato Fendi menyapu perlahan airmatanya. Ketua merangkap kawan baik dia, telah pergi. Auntie Jo dan Auntie Lisa sama-sama melangkah meninggalkan perkarangan kubur.

Tak sanggup menunggu disitu, hati mereka seolah-olah tidak dapat terima dengan kepergian bonda tercinta.

" Dato, aku nak kau stay dengan Mation. Kami perlukan perkhidmatan kau. " Suara garau memecahkan kesunyian diantara mereka.

Dato Fendi mendiamkan diri. Hatinya masih lagi terasa kesedihan.

" Tok Ma ada pesan pada saya, tolong jaga hubungan korang. Sebab dalam kalangan kita akan ada yang cuba memecah belahkan keluarga ni. " Matanya terus mengerling kearah Ain yang menangis.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now