BAB 3

9.1K 562 89
                                    

Zahra tersengih melihat lelaki dihadapannya. Melihat sahaja mata tajam lelaki itu dia meneguk air liur.

Matanya dikerling kesebelah kanan. Baru sahaja tadi dia melentum kereta Honda Accord. Dia mengaruk tekuknya.

" Tersengih-sengih..kau bayar sekarang jugak! " jerkah lelaki tu.

" Er..saya tak ada duit encik. Tapi saya boleh bayar sikit-sikit harga yang saya dah langgar ni.. " Zahra masih lagi tersengih. Kemek teruk juga kereta orang ni.

" Masalahnya ini bukan kereta aku! Ni kereta boss aku! Kalau kau tak bagi duit sekarang..nanti aku yang kena bunuh!" Leo menggaruk keningnya perlahan.

" Maaf awak..kalau nak sekarang tak ada, saya ni baru je lepas graduate..dengan nak bayar ptptn lagi.. " Dalam pada itu Leo berdecit perlahan. Tergaruk-garuk kening dia.

" Eh dah-dah..biar aku bayarkan.. Tulah kau Dung! Aku dah suruh tengok kiri kanan, kan dah kena langgar.. " Ami dengan tangannya yang lembut itu menunjal-nunjal bahu Zahra.

Leo menjulingkan mata keatas dengan gelagat dua manusia ini. Yang seorang dengan wajah lelaki tapi gaya perempuan, lembut dia lain macam. Yang seorang ini perempuan dah, tapi terlebih perempuan.

Dari ikatan rambut, ke eyeshadow, ke lipstick, blusher semuanya warna tak nak kalah. Cermin mata besar. Baju ala-ala duduk dalam negara bersalji lagaknya. Stoking belang-belang dan memakai kasut tumit tinggi.

" Maaf ye Encik.."

" Leo.. " jawab Leo sepatah.

" Maaf ye Encik Leo..saya akan bayarkan.." Ami mengeluarkan cek dan menulis sesuatu.

Dengan gaya lengoknya dia menyerahkan kertas itu pada Leo.

" Terima kasih. " Leo tidak banyak cerita, dia segera beredar dan ingin kebengkel.

Zahra tersengih memandang Leo yang menjeling kearahnya.

" Maaf ye Encik Leo.." Zahra menundukkan kepalanya hormat. Kalau mak aku tahu ni, mampus telinga aku kena piat!

Hilang sahaja kereta Leo, Zahra memandang Ami dengan wajah yang pelik.

" Mana kau dapat duit dengan resit tu? "

" Kau tahu Dung?! Tu resit palsu..HAHAHAHAA.." Ami menampar bahu Zahra perlahan.

" Hahaha..lawak gak tu Ami..kau rasa kalau dia jumpa kita lagi, dia marah tak? "  soalan Zahra membuatkan Ami tergelak.

" Kau ni, Malaysia ni besarlah..nak-nak orang macam kita ni, low profile..manalah orang tu nak jumpa kita ni..kau jangan risau okay.. " pujuk Ami.

" Tapi yang macam tadi tu, kita menganiaya orang ke? "

" Tu bukan aniaya Dung..tu kita nak selamatkan diri.." Zahra mengerutkan keningnya.

" Dah jom balik.." baru sahaja Ami ingin melangkah, Zahra menarik tangannya.

" Tapi..Confirm aku kena piat telinga dengan mak aku.." Zahra menarik muka sedih. Tapi tangan Ami lebih pantas menunjal bahu Zahra.

" Ala..kau relax je, nanti pandai-pandai akulah cakap dengan abang aku..lagipun dia tak marah punya."

" Yeke Ami? Abang kau tu dahlah garang..mana kau tahu dia tak marah kau? "

" Aku kan adik dia..mestilah dia sayang.." Mereka berdua melangkah pergi. Apalah nak difikirkan sangat dengan mereka yang baru sahaja menamatkan pelajaran. Yang mereka mahukan adalah enjoy!


" Apa kau cakap?!! " Azka mendengus kasar. Leo menelan air liur kesat. Nasib dialah. Ini semua fasal perempuan badut dengan lelaki lembut itu.

" Betul Azka! Aku ingatkan itu cek betul.." sangkal Leo lemah. Muka Azka memang kelihatan tegang. Maknanya Azka memang tengah marah.

" Kereta tu first gaji aku tahu tak?! Kau buta ke? Tak nampak kereta tu keluar dari mana? Masuk dari mana? Kau tak pandai bawa kereta ke apa?! " Azka menjeling Leo tajam.

" Sorry Azka.." Syafiq hanya memandang sahaja wajah Leo. Kesian Leo.

" Dahlah! Kau pergi cari orang yang langgar kereta aku tu! Aku bagi masa selama seminggu..kalau kau tak dapat, aku penggal kepala kau! " Leo mengeluh perlahan.

" Awal lah Azka.."

" Hah! Tak de, tak de..aku tahu orang tu ada depan aku hari isnin minggu depan! " Leo menjeling tajam. Mana pulak dia nak cari dua orang tu?!

" Mana mainan Martin?! " Leo menepuk dahi lagi sekali.

" Itulah masalahnya, aku kena langgar before pergi kedai mainan. Bukan kena langgar after pergi kedai mainan.." Mata Azka memandang Leo tajam!

" Engkau ni..banyak alasan Leo!! " Lagi sekali Azka mendengus kasar.

" Sumpah! Aku tak tipu.."

Azka memandang Leo atas bawah. Dia tersenyum sinis.

" Tak apa..aku dah ada hadiah untuk Martin malam ni.." kata Azka. Dihujung ayat dia melepaskan ketawa. Siap kau Leo!

" Sakit mak !! " Terjongket-jongket Zahra apabila telinganya dipiat. Punyalah terkejut Puan Hasnah apabila melihat kereta Ami kemek sebelah.

Ami menggaruk tengkuknya. Dia tidak mampu menahan amarah Puan Hasnah. Gaya singa macam tu siapa je yang berani?  Syafiqah menepuk dahinya.

" Kalau dah rasa diri tu tak pandai bawa, jangan bawa! Siapa nak ganti balik kereta Ami ni?! Cuba cakap?! " Mata garang Puan Hasnah menjeling tajam pada anak daranya yang seorang ini.

" Maaf Mak..Zahra tak perasan kereta tu. " Zahra menggosokkan kedua-dua telapak tangan. Tabiat dia bila rasa bersalah dan gementar.

" Dah pakai cermin mata besar tingkap kereta pun tak nampak?! " Puan Hasnah bercekak pinggang memarahi Zahra.

" Sorrylah mak.. " Zahra memeluk Puan Hasnah.

" Ami..kamu bawalah kereta ni ke bengkel, nanti beritahu kos dia ye.. " Puan Hasnah mengalihkan pandangan kearah Ami.

" Err..baik auntie. " jawab Ami sepatah.

" Habis kereta yang kau langgar tu mana Zahra? Kau ganti kereta dia guna apa? "

" Cek palsu.. " Laju sahaja Zahra menjawab. Ami menepuk dahi!

" Apa kau cakap?!! Cek palsu?!! "

" Err..mak tu Ami yang cadangkan, Zahra ikut je.. " Mahu terkencing dia melihat muka Puan Hasnah sekarang ni.

Ami meneguk air liur perlahan. Dia mula berjalan perlahan. Nak lepaskan diri. Tapi panahan mata Puan Hasnah menikam wajahnya.

" Muhammad Khari Amin! Apa yang kamu buat ni?! " Ami segera mendekati Puan Hasnah.

" Ya auntie!! Saya minta maaf, kami takut tadi..tak nak panjangkan cerita..saya pun bagilah cek tu. Nak bagi duit kami tak ada duit. " Syafiqah memicit kepalanya perlahan. Inikah orang yang berumur 24 tahun?

" Astaghfirullahalazim...apa kamu berdua dah buat ni? " Puan Hasnah sama seperti Syafiqah. Memicit kepala perlahan.

Zahra dan Ami saling berpandangan. Mereka menundukkan wajah mereka. Baru tersedar. Tadi bukan main seronok kenakan orang.

" Dah! Ami, pergi bawa ke bengkel kereta ni..Zahra! Kau pergi masuk sekarang! " Laju sahaja langkah Zahra. Ami yang mengenyit mata memberi isyarat kepada Zahra.

Syafiqah meneruskan kerjanya yang terbengkalai. Motor skuter kakaknya perlu dibaiki segera. Kesian pula tengok kakaknya yang baru sahaja kena marah dengan Puan Hasnah.

" Lepas maghrib karang kamu dengan Zahra pergi hantar cupcake yang Tengku Aura pesan.." Syafiqah hanya menganggukkan kepalanya. Dia kembali fokus pada skuter kakaknya.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now