BAB 46

6.8K 458 27
                                    

Zahra mengikuti langkah Azka dari belakang. Bukan pertama kali dia datang ke Mation. Sudah acap kali, namun tidaklah segerun ini.

Sesiapa yang bertembung dengan Azka pasti tunduk hormat dan berkata ' Tuan Muda '

Dari belakang Zahra mencebik menyampah. Acah kuat! Bila demam tak larat! Huh!

Sampai sahaja diruang tamu, mereka menangkap ketawa beberapa orang disitu.  Azka berhenti, Zahra juga berhenti.

" Eh! Zahra.." Luna menyapa Zahra mesra.

Zahra menundukkan kepala tanda hormat. Ada beberapa orang yang Zahra tak berapa nak ingat.

Mereka memandang Zahra atas bawah tanda pelik dengan pakaian Zahra. Azk pula sudah mendaki tangga.

" Zahra minta diri dulu ye.." Zahra tersengih.

" Okay Zahra..bye.." Luna melambai tangan lalu fokus pada tetamu itu.

" Siapa dia? Awek Azka ke? "

" Haah..kenapa? " Luna tersenyum sebaik sahaja Kirana bertanyakan Zahra.

" Ish! Asal teruk betul dia pilih warna baju. Eyeshadow, lipstick, blusher dah macam lampu merah traffic light. "

" Dia suka macam tu.." Jawab Luna.

****

Azka mengisyaratkan kepada Zahra yang bilik dihadapan mereka ini adalah bilik Tok Ma.

Zahra mengganguk lalu mengetuk pintu. Dengar suara tua memberi keizinan menyuruh dia masuk.

Zahra meninjau bilik itu. Ada katil yang besar terelok elok berdekatan dengan sebuah tingkap besar.

Pemilihan warna bilik adalah black gold dan dipadankan dengan corak bunga-bunga inggeris.

Tok Ma tersenyum melihat tetamu yang mengujung ke biliknya.

" Mehlah masuk Zahra.." Tok Ma memanggil lembut Zahra supaya datang dekat dengannya.

" Maaf Tok Ma. Saya memang tak tahu salah saya. Kalau saya ada terpecahkan pinggan ke, cawan ke, saya minta maaf. Tapi setahu saya tak ada. Lagi satu saya minta maaf sebab masuk keluarga Mation tanpa ada ikatan apa-apa. Saya tahu kedudukan saya dimana. Saya bukan nak rampas harta ke apa ke. Saya dengan mereka semua hanyalah teman. Saya pekerja tuan. Saya minta maaf, jangan bunuh saya." Laju sahaja Zahra berkata.

Tok Ma ketawa berdekah-dekah. Bukan main laju lagi Zahra berkata. Nampak betul mukanya cuak.

" Apa yang Rara yang cakap ni? Tok nak jumpa Zahra bukan sebab itu. Tapi sebab lain. "

Zahra terbuntang lalu tangan tua itu dipegang lembut. Dia melabuhkan punggung ditepi Tok Ma.

" Rara? Tok ma tahu Zahra ni Rara? " Zahra meneguk air liur.

" Tahulah Rara..Tok Ma kenal mata Zahra dengan Rara. Sama. Tok Ma yakin yang Zahra adalah Rara. " Zahra tersengih malu.

" Tok Ma nak jumpa Zahra sebab apa? "

Tok Ma tersenyum. Lalu tangan tua itu menggenggam tangan Zahra.

" Tok Ma nak mintak tolong Zahra. "

Zahra merenung mata kelabu Tok Ma. Walaupun sudah menginjak ke angka 70 an tapi Tok Ma tidak nampak terlalu tua. Wanita itu memang bergaya.

" Tolong apa? " Tok Ma tersenyum lalu mengambil album kecil dan dihulurkan kepada Zahra.

" Ini adalah kisah Hayers dan Mation. " Zahra membelek album tersebut.

" Sampai sekarang tiada siapa yang tahu ikatan Hayers dan Mation. " Tok Ma mengeluh perlahan.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now