BAB 77

7.5K 495 93
                                    

SETAHUN KEMUDIAN

Kasut tumit tinggi warna hitam dipadankan dengan seluar slack putih. Baju turtle neck putih digandingkan dengan kot putih.

Gelang emas clover dipakai dan bahagian dadanya telah dihiasi dengan rantai bulan sabit dan rantai emas clover hitam.

Tudung bawal satin bercorakkan garis-garis emas yang dililitkan kebelakang menampakkan dia lebih elegen.

Bulu mata yang tebal dilentikkan menampakkan matanya tajam. Contact lens kelabu dipakai. Make up smokey menambahkan lagi gaya dan cara dia.

Akhir sekali, jari runcingnya disarungkan dengan cincin dijari manis dan dijari hantu. Ibu jarinya juga, disarungkan cincin halus belah rotan.

Zahra mengambil botol perfume kesukaannya dan menyembur diseluruh badan. Mandi perfume.

Dia tersenyum puas setelah membelek dirinya dihadapan cermin besar dirumahnya. Dia sudah bersiap sedia untuk kebutiknya.

****

" Miss Zahra, Flover dah sampai. " Gaga tersenyum manis melihat bossnya yang menganggukkan kepala tanda faham.

Zahra mengambil skecth book dan pensil dibawa kehadapan.

Tap! Tap! Tap!

Gaga tersengih mendengar tapak kasut bossnya berjalan. Kata orang, kalau perempuan itu mengenakan kasut tumit tinggi dan bunyi sedap bermakna perempuan itu memang mempunyai lenggok yang cantik.

Dari belakang Gaga perhatikan bentuk badan bossnya yang meliuk-liuk bila berjalan.

" Flover datang dengan husband dia tak Gaga? "

" Ada miss, dia nak bincang dress dengan kot husband dia. " Zahra mengangguk.

Siapa tak kenal dengan Flover, wanita kerabat diraja yang terkenal dengan sifat cerewet dan angkuhnya.

Menurut rakan-rakannya, Flover sudah menolak 3 butik yang popular untuk majlis kahwinnya dan juga designer-designer yang popular.

Tapi bila dibutik Cescer, nampak Flover suka dan minat dengan setiap sentuhan Zahra.

Sememangnya bossnya ini memang baik. Cara bercakap, cara senyum, cara melayan pelanggan semuanya tiptop!

" Hai Flover.. " Sapa Zahra mesra.

" Hai Zahra! Kenalkan ni, my husband..Jonathan."  Zahra menundukkan hormat pada Jonathan.

" So, Zahra..I dah ready nak bagitahu you, design macam mana semua. Kain semua I serahkan kat you, sebab I yakin you faham selera I. "

" Let's start, Flover.. "

Zahra tekun mendengar setiap maklumat dan info yang Flover sampaikan. Sebagai pereka fesyen, keutamaan bagi Zahra adalah selera dan gaya seseorang itu.

Disebabkan dia menitikberatkan selera dan gaya seseorang itu, butik dia terkenal diseluruh antarabangsa.

Dalam setahun ini, dia sudah mencapai target dan juga impiannya.

Butik Cescer adalah butik yang melambangkan bulan sabit. Butik ini pada awalnya sudah menunjukkan yang dia boleh pergi jauh.

Dari seorang penjahit disebuah gudang, kini Zahra mampu buka butik sendiri. Tidak kurang dari itu juga, jenama HAZS sudah selamat dimasukkan kepasaran antarabangsa.

" Nanti I cuba buatkan lakaran original yang dah siap berwarna, nanti I hantar kat rumah you. "

" Okay sure Zahra! "

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now