BAB 34

7.2K 514 32
                                    

Soraya menjulingkan mata keatas. Dia mengabaikan sahaja pandangan tajam Kitten, Mimo dan Nuna. Dirinya memang takutkan ketinggian.

Leo dan Ayyan tenang menghirup coffee. Azka dengan muka redha membiarkan sahaja Soraya memeluk lengannya. Dah member risau jet ni jauh.

Danish merenung kedalam muka Zahra yang dari tadi menutup muka dengan face mask.

" Kenapa kau pakai face mask? " Tanya Danish tiba-tiba.

Mereka kini bergerak menuju ke Maldives. Segala keperluan dan senjata yang akan digunakan semua sudah disediakan.

Luna dan Robert selaku Pilot dan Co pilot tidak sekali dengan mereka. Mereka berdua berada didalam ruangan kabin.

" Er..saja je. " Jawab Zahra gugup.

" Hari ni kau tak pakai pula eyeshadow warna warni? Nak jadi cinderella ke? "

" Err..tak sempat saya nak pakai, Tuan dah gegar saya suruh siap. Jadi saya pun tak sempat. " Danish merenung Zahra kosong.

Mana taknya, memula tadi terkejut juga dia dengan Ayyan melihat Zahra mengenakan pijamas purple. Rambut Zahra pula diikat biasa. Huh! Selekeh!

" Dah tu, biarkanlah muka kau. Tak payah takut, aku dengan Ayyan dah biasa tengok muka hodoh kau. Lagipun kitaorg bukannya berselera dengan kau. " Sinis dan tajam.

" Yang kau nak marah dia pakai face mask apasal pulak? Biarlah dia. " Nuna pula menyampuk.

" Lah! Aku cakap je.." Danish memeluk tubuh.

Zahra mengerling kearah Azka. Siapa perempuan disebelah Azka tu? Sampai berpeluk-peluk.

Selepas dia bersetuju untuk membantu mereka, Azka tidak banyak bercakap. Kalau Zahra nak tanya apa-apa, mesti Azka jawab sepatah dan berlalu pergi.

Zahra memandang kearah tingkap. Walaupun gelap diluar namun pandangan itu juga yang menarik minatnya.

Kitten berjalan dan menghampiri Zahra.

" Zahra okay tak? "

Zahra mengangguk.

" Sampai je nanti Zahra kena tukar baju dan bersiap. Sebab Zahra kena jadi room service untuk bilik Tuan Ghani. "

Zahra meneguk air liur. Entah kenapa dia rasa seram sejuk.

" Zahra ready tak? " Nuna pula mengambil tempat disebelah Zahra. Diikuti Leo dan Mimo.

" Kau okay tak Zahra? Macam takut je? " Leo menghulurkan mocha panas pada Zahra.

" Err..okay je..cuma.. " Bebola matanya meninjau Azka dihujung sana.

" Tuan tak sihat ke? " bisik Zahra.

" Azka okay je..kenapa? " Mimo mengerutkan kening.

" Tuan dari hari tu tak bercakap dengan Zahra, dia cakap bila perlu je.." Semua pandang kearah Azka.

" Bukan Azka macam tu ke? " Kitten menampar lengan Mimo perlahan.

" Mungkin Tuan bad mood kot, Zahra jangan risau pasal Tuan..dia memang macam tu. Zahra kena fokus dekat kerja Zahra je tau. " Pujuk Kitten.

Zahra terdiam. Kalau Azka jenis yang macam tu, kenapa bila Azka dengan dia Azka jadi terlebih peramah walaupun cakap kasar-kasar.

Azka dihujung sana tahu yang mereka sedang mengata dia. Bukan dia tidak perasan apabila semua mata menikam wajahnya tadi.

****

Ayyan menghempaskan badannya disofa empuk di Villa MalMation. Villa MalMation akan digunakan sekiranya mereka mempunyai misi atau menjalankan business dengan partnesr di Maldives.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now