BAB 21

7.2K 457 36
                                    

Zahra sedang melewati sebuah ruang untuk menuju kedapur. Kitten memintanya untuk mengambil sebekas air untuk menjalankan misi Raranya.

Disaat sahaja kakinya memasuki ruang dapur, automatik dia terhenti pada tengah dapur itu.

5 pasang mata menoleh kearahnya serentak. 5 orang lelaki! Zahra terdiam.

Azka memandangnya tajam. Leo tersenyum seraya mendekati Zahra yang tiba-tiba kaku.

" Zahra..buat apa kat sini? " Soalan Leo diabaikan. Matanya lebih tertumpu pada susuk tubuh yang tegap memandang kearahnya dengan wajah kosong.

" Wow! Siapa alien ni? Baju tak up to date.." kutuk Ayyan.

" Kalau perempuan cantik kita panggil Miss Universe..kalau perempuan hodoh? Miss Idiot? " Ayyan menghamburkan ketawa apabila mendengar kata Danish.

" Tak sesuai..melayu kampung kita panggil Cik Dungu. " Tambah Ayyan lagi.

Perempuan dihadapan mereka ini, gaya yang tidak dibuat orang. Boleh terima lagi rambut yang diikat sanggul tinggi menampakkan leher jinjangnya.

Tapi sayang, make up pipi bukan main merah! Lipstick warna oren. Baju colour oren dan dipadankan skirt kuning.

" Zahra? " Leo menolak bahu Zahra.

Zahra tersedar. Matanya beralih kearah Leo.

" Err..Cik Kitten minta Zahra ambil air.." Dia gugup!

" Aku suruh kau datang sini ke? " Kini matanya beralih ke Azka.

" Saya ikut Cik Kitten dengan yang lain. Diorang ajak saya kesini. " Jawab Zahra.

" Aku Tuan kau ke Kitten yang Tuan kau sekarang? " Mata coklat itu masih menikam wajah Zahra.

Hatinya terasa juga apabila mendengar ayat yang keluar dari kedua-dua sepupunya. Dia tahu Zahra bukan orang yang sesuai untuk masuk kedalam dunia mereka.

Zahra si gadis polos yang tidak mengerti apa-apa. Wajah yang dungu itu selalu sahaja buatkan dia risau jika terjadi apa-apa.

" Tuan? Cik Dungu ni kerja dengan kau Azka? " Ayyan terkejut.

" Lah..aku ingat maid rumah ni.. " Danish menjulingkan mata keatas.

" Saf! Cuba kau tengok perempuan depan kau ni..sesuai ke tak jadi bini kau? HAHAHA! " Ayyan mencuit bahu Safwan yang mendiamkan diri dari tadi.

Zahra Radhia.

Masa dulu, dia gunakan Zahra untuk kesenangan dirinya. Sememangnya Zahra adalah wanita paling lurus.

Disebabkan segala perhatian dan kata manisnya pada Zahra, mudah sahaja dia buatkan Zahra angau dengan cinta dia.

Setelah apa yang disuruh pasti Zahra akan turuti. Suruh siapkan assignment, Zahra sanggup. Suruh buat itu ini pun Zahra sanggup.

" Ni? Jadi bini aku? Bukan tasted akulah..perempuan lembab macam ni mana sesuai dengan aku. Lainlah perempuan seksi, pandai menggoda..sedaplah sikit. " Jawab Safwan dan diikuti ketawa dari Ayyan dan Danish.

Tangan Zahra saat itu menggigil. Hatinya disiat-siat. Masih sama lagi apa yang keluar dari mulut Safwan. Cuma berbeza situasi.

Dia menutup paip dan dia melangkah perlahan keluar dari dapur.

" Zahra..jangan ambik hati sangat apa yang diorang kata. " pujuk Leo perlahan.

" Tak apalah Leo. Saya dah biasa. " Zahra menahan getar.

Wajah Zahra sayu sahaja memandang Leo. Azka mendiamkan diri.

" Dah arr! Kitaorang gerak dulu..jumpa malam kang..penat aku gelak! " Ayyan dan Danish meminta diri untuk pulang kerumah mereka.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now