BAB 5

8.4K 589 32
                                    

Kitten dan Nuna melangkah masuk kedalam butik HAZS. Eton tersenyum kearah Mereka berdua. Pelanggan tetap Puan Hasnah.

" Ton..auntie Has dah sampai? " Pagi-pagi lagi mereka sudah terpacak dikedai ini.

" Dah sampai..Cik Aura dengan Cik Afra nak jumpa puan Has ke? " Anggukkan kecil dari Nuna membuatkan kerja Eton terhenti. Eton berlalu pergi menuju kebilik jahitan Puan Hasnah.

Zahra yang baru sahaja menolak pintu, terlopong melihat Kitten dan Nuna. Serentak dua pasang mata itu memandang lembut kearah Zahra.

" Hai Zahra! " Kitten berlari kecil lalu mendakap tubuh Zahra.

" Hai.." Zahra tersengih memandang mereka.

" Mana Syaf? " Nuna mendekati Zahra sambil matanya melilau kearah luar pintu.

" Syaf, dia pergi daftar semester baru. Isnin ni dia start kelas.." Terang Zahra.

" Cik Aura dan Cik Nuna.." seru Puan Hasnah sambil mendekati mereka.

" Hai auntie..." Mereka bertiga dijemput duduk diruangan yang disediakan dibutik HAZS.

" Zahra, belikan coffee untuk cik Aura dengan cik Nuna.." Arah Puan Hasnah. Zahra hanya menuruti sahaja. Mujurlah cafe tu tak jauh dari butik HAZS.

Zahra berjalan perlahan menuju ke seberang bangunan. Cuaca yang mendung dan berangin ini melancarkan pagi indah dia.

Matanya mengamati seseorang lelaki yang bertubuh tegap sedang membelek telefon. Zahra berjalan dan serta merta lelaki itu melambai tangan kearahnya.

Zahra dengan yakin membalas lambaian lelaki itu. Kebetulan, sebelah Zahra seorang perempuan juga melambai kearah lelaki itu dan berjalan mendekati lelaki tadi.

Zahra sembunyikan tangannya. Err..

Rupanya lelaki itu melambaikan tangan pada wanita tadi. Bukan pada dirinya. Perasanlah sangat!

Zahra menundukkan wajahnya lalu berjalan perlahan. Entah siapa yang tiba-tiba sahaja merempuh Zahra. Menyebabkan Zahra tidak dapat mengimbangi badan dan akhirnya Zahra terjatuh.

" Eh!! " Sempat tangan Zahra menahan dari terus punggungnya mencecah ketanah.

" Tak nampak ke?! " jerkah lelaki itu. Zahra berdengus kecil. Dia yang langgar, aku pulak yang kena marah.

" Ewah-ewah!! Awak yang langgar saya lepas tu nak tengking saya pulak?! Banyak hodoh muka awak! " Zahra membetulkan cermin matanya yang senget.

" Kau?! " lelaki itu menunding jari kearah Zahra. Bulat mata lelaki itu apabila bebola matanya menangkap wajah Zahra.

Zahra terkedu! Tergamam! Semalam dia terselamat. Hari ini terselamat lagikah?!

Leo menggenggam lengan Zahra. Dia bertindak cepat sebab risau perempuan badut ni larikan diri.

" Eh! Apa ni pegang-pegang? " Zahra cuba meleraikan namun kudratnya tidak boleh melawani kudrat Leo.

" Kau tipu aku! Kau bagi aku cek palsu! " bentak Leo. Matanya menikam wajah Zahra dengan tajam.

" Bukan saya yang bagi awak cek tu. Ami okay! Jangan nak menuduh saya pula! "

" Tapi kau yang langgar kereta tu! "

" Memang saya yang langgar, tapi awak minta saya bayar juga time tu, tapi saya tak ada duit. " Akui Zahra lurus.

Melihatkan wajah dungu Zahra, Leo melepaskan Zahra. Dia mengeluh perlahan.

" Kau tahu tak boss aku mengamuk. Dia nak pancung kepala aku. " Zahra terkejut.

" Tak kan sampai nak pancung kepala pula?! Ni zaman globalisasi lah..bukan zaman kesultanan melayu melaka. " Zahra membetulkan lengan baju yang senget akinat genggaman Leo.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now