BAB 64

6.5K 468 35
                                    

Safwan mengelap perlahan darahnya. Kuat juga tumbukan Mimo tadi. Dia hanya perhatikan sahaja Zahra yang masih duduk menghadap Azka yang dari tadi mendiamkan diri.

" Lepaskanlah sial!! " Goshua meronta-ronta. Leo dan Luna membiarkan sahaja dia. Tak kuasa nak layan!

Kitten dan Mimo pula membersihkan diri dan berehat didalam bilik. Nuna dan Danish sama-sama menyiapkan laporan untuk diberikan kepada Tok Ma.

" Weh!! Lepaskanlah babi! " Jerit Goshua lagi.

Ayyan berdengus kasar! Dia sudahlah penat, Goshua pula memekak-mekak.

" Hey badak! Kau boleh diam tak?! Muka dahlah macam gorila! Aku stresslah dengan kau ni! Dengan tiktok aku tak fyp! Tak banyak like! Kau pulak memekak! Sial betullah kau ni! " Ayyan menampar keras muka Goshua.

Terteleng kepala Goshua menerima tamparan kuat dari Ayyan. Dia berdengus kasar!

" Kau simpan aku lama-lama nak buat apa sial?!"

" Mulut kau memang dari tadi tak boleh diam eh? Sepatutnya kau tu kena banyak berdoa, sebab kejap lagi kau mati! Bukannya menambahkan dosa lagi! Kau nak masuk neraka ke? " Ayyan menepuk-nepuk tengkuk Goshua.

Leo mendekati Ayyan sambil menepuk bahu Ayyan perlahan.

" Weh..diakan cina. Memang dah berdosa pun. Asal kau ni suka malukan diri sendiri? " bisik Leo.

Ayyan menekup mulutnya.

" Lah..aku manalah tahu dia cina doh! Aku ingat dia melayu macam kita?! "

Mereka semua dengar tapak kasut melangkah mendekati mereka. Tangan Azka mencapai batang besi diatas meja lalu berjalan perlahan mendekati Goshua.

Semua terdiam! Bagaikan malaikat maut yang menghampiri Goshua meneguk air liur.

Dengan sekali hayunan batang besi itu sudah ditusuk kedalam peha Goshua.

" ARGHH!!! " Suara Goshua menjerit. Darah Goshua sudah terpecik pada Azka.

" Tuan! " Zahra terkejut dengan apa yang Azka sudah lakukan. Dia tergamam.

" Kalau kau bukak mulut lagi. Lebih dari ni aku buat. Jangan sampai aku culik anak-anak kau, aku bakar depan mata kau Goshua! " Suara garau itu akan membuatkan tiada siapa berani melawan.

Goshua tercungap-cungap! Sakit! Matanya melorot pada besi yang masih tercacak dipehanya.

Azka berlalu pergi dari situ. Zahra yang masih terkedu ditarik perlahan.

" Teman aku! "

****
Ain tersedar. Dia menggosok mata sedikit. Dia mengalihkan tubuhnya disebelah kanan. Terbuntang mata dia apabila melihat lelaki disebelahnya yang sudah hilang baju dibadan!

Secara automatik otaknya mengingat detik-detik dia dengan Hafiz malam tadi!

Tubuhnya juga tiada seutas benang! Dia takut! Apa yang Hafiz dah buat?!

" Hafiz!!!! " Ain menjerit kuat!

Hafiz menggelupur bangun apabila mendengar suara nyaring Ain.

" Kenapa Ain?! "

Ain menangis. Teresak-esak! Ain meraup muka dengan kasar.

" Apa yang kita dah buat ni Hafiz?! Kau buat apa ni?! "

" Aku?! Seriuslah Ain? Kau nak salahkan aku pulak?! "

" Apa kau cakap? Kau salahkan aku? Hei bodoh! Ini semua kau punya kerja! Kau punya pasal! Kau buat aku macam ni! " Ain memukul dada Hafiz!

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon