𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 2

39.6K 1.7K 42
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Flashback❞

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

Flashback❞

Ariana dengan perlahan melangkah masuk ke ruangan dapur sebelum bergerak ke ruang tamu yang sememangnya riuh dengan suara tetamu yang datang ke rumah Datin Diana.

"Ari. Meh sini." Datin Diana yang perasan akan kelibat Ariana terus memanggil gadis itu untuk menyertai mereka. Tengku Aqila Dayana yang sedang berborak dengan Danish turut tersenyum manis ke arah Ariana.

Ariana hanya tersenyum manis membalas senyuman Tengku Aqila. Dia dengan perlahan menuju ke arah Datin Diana sebelum gadis berkacukan german dan cina itu terus duduk di sebelah mama Danish.

"Makin cantik Ari sekarang ni." Tengku Aqila memuji Ariana dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada gadis tidak bertudung yang sedang tersenyum manis memandang ke arahnya.

"You pun cantik Qila. Gorgeous gitu." Tengku Aqila dan Datin Diana tergelak kecil apabila Ariana berkata sedemikian. Danish yang berhadapan dengan kekasihnya hanya mempamerkan riak kosong.

"Mama ingat malam ni nak ajak Dylan dengan Aira balik sini. Mama rindu dengan menantu mama yang sorang tu." Seloroh Datin Diana menyebabkan Ariana dan Tengku Aqila tergelak kecil manakala Danish hanya mendiamkan diri.

×××

Danish mengelap kering rambut perangnya yang basah itu dengan tuala kecil. Tuala yang terikat di pinggangnya diperkemaskan. Lelaki itu dengan perlahan melangkah mendekati sisi katilnya. Laci nightstand ditarik sebelum body minst yang berbau mint itu diambil dan disembur pada badan kekarnya. Botol kecil itu kembali diletakkan ke dalam laci sebelum dia bergerak mendekati almari pakaian pula. T-shirt hitam bersama seluar slack dicapai.

Selesai sahaja dia memakai pakaiannya, dia segera menyikat rambutnya kembali sebelum menyidai tuala basah itu pada tempat penyidai.

TOK

TOK

TOK

Danish menghela nafas perlahan apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Dia dengan malas melangkah ke arah pintu bilik sebelum membuka pintu itu. Terpampang wajah Ariana yang sedang tersengih menyebabkan Danish mendengus kasar.

"Apahal?" Danish menyoal kasar. Kedua belah tangannya disilangkan pada dada bidangnya, kepala terangkat tinggi seakan angkuh dan tidak mahu memandang wajah gadis di hadapannya ini.

"Mama suruh turun minum-minum." Danish mengulingkan biji matanya. Menyampah betul dengan gadis di hadapannya itu.

"Kenapa kau yang kena panggil aku? Aku bosan betul tengok muka buruk kau ni." Danish menutup pintu biliknya sebelum dia berjalan melintasi Ariana dan sengaja melanggar dengan kasar bahu gadis itu. Ariana tergelak kecil menahan rasa di dada, kaki melangkah mengikut jejak Danish dengan perlahan.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Onde as histórias ganham vida. Descobre agora