𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 43

38.9K 1.7K 70
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Danish mengeliat kecil namun matanya masih terpejam rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Danish mengeliat kecil namun matanya masih terpejam rapat. Tangannya meraba di sebelah, tiada tubuh isterinya. Danish serta merta mencelik kelopak matanya sebelum memandang tempat tidur Ariana. Bunyi pancuran air dari dalam bilik mandi menyebabkan Danish segera bangun dari pembaringan.

TOK

TOK

TOK

"Sekejap! Tengah mandi!" Tergelak Danish apabila mendengar jeritan Ariana dari dalam bilik mandi. Rambut di raupkan ke belakang sambil kaki melangkah berjalan menuju ke balkoni bilik. Mesti Ariana tengah kalut kan? Kedua belah tangannya memegang besi balkoni bilik itu, mata merenung jauh melihat pokok-pokok yang merimbun di sebelah rumahnya. Otak ligat memikirkan tentang Alex yang telah menjadi musuh utamanya. Dia akan hancurkan lelaki itu.

Sentuh Ariana dan bunuh Roy serta anak buahnya yang lain, itu satu petanda yang Alex adalah antara musuh yang perlu mati di dalam tangannya. Kelopak mata dipejamkan rapat, bagaimana dia mahu bertenang untuk waktu ini? Alex itu sangat licik. Ariana pula sedang mengandung. Mahu harapkan Zariel? Lelaki itu memang mampu melindungi Ariana namun sampai bila? Nafas dihembus keras.

"Bodoh Alex." Carutan yang sering kali diucapnya pada waktu ini. Motif Alex menganggunya? Danish tahu. Kerana Mirdad. Mirdad itu adalah sahabat paling Alex rapat dan gudang yang Mirdad tawani dan telah dibakar oleh Danish itu adalah hak milik Alex bersama si mati. Gudang utama mereka. Ah! Pusing kepala memikirkan semua itu. Sekarang ini Danish perlu khawatir mengenai keadaan Ariana. Dia perlu lindung isterinya itu kerana dia tahu Alex sedang meletak target pada isterinya.

"What a nice view." Danish memalingkan kepala apabila Ariana yang sudah siap mandi menegurnya. Kelihatan wanita itu sedang menghampirinya bersama rambut yang masih basah. Ada titisan air rambut menitik di atas lantai mengikut Ariana bergerak. Ariana tersenyum kecil melihat Danish yang kini sudah berdiri menghadapnya. Lelaki itu sedang bersandar pada besi balkoni sambil merenung ke arahnya. Tidak berbaju dan hanya berseluar panjang.

"Kau punya rambut tak kering lagi." Danish biarkan Ariana mendekatinya, apabila wanita itu sudah tiba di hadapannya. Tuala yang dipegang oleh Ariana terus diambil oleh Danish.

"Turn around." Ariana hanya melakukannya tanpa banyak soal. Tersenyum dia apabila rambutnya dikesat oleh Danish. Bergerak-gerak kepalanya mengikut irama tangan Danish pada waktu itu. Tidak kasar namun masih menyebabkan kepala Ariana bergerak seiring tangannya.

"Awal kau mandi." Danish cuba memecahkan kesuyian, Ariana tersenyum sebelum memalingkan sedikit kepalanya menghadap lelaki itu.

"Aku memang suka mandi awal. Kau je yang tak pernah ambil tahu." Tergelak sinis Danish pada waktu itu. Boleh pula Ariana menyindirnya seperti ini. Nasib mood nya tengah baik dan angin kus kus nya jauh di Korea selatan, kalau tidak boleh terjadinya pula pergaduhan di sini.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now